Jam di tangan menunjukkan pukul 1.20
pagi.. mata yang layu ini masih lagi belum
mampu ditutupi sepenuhnya..
kedengaran alunan kipas yang masih menjadi peneman setia di kala insan lain
sedang enak beradu kasih dengan bantal busuk nya..
Tiba-tiba aku terfikir bertapa beratnya
pengorbanan seorang insan terhadap aku dan ahli keluarga.. perginya di pagi
hari di saat alam masih bergelap gelita dan pulangnya di saat malam mula
membuka tirainya.
Aku tersandar di penjuru meja lalu
air mata kejantanan mengalir setitis demi setitis mengenang pengorbanan dan
perit jerih insan yang bergelar AYAH ini..
Sudah terlalu lama aku ingin menulis
mengenai insan hebat ini..dan Alhamdulillah..
Pada pagi yang hening ini..aku
terpanggil untuk bercerita betapa hebatnya insan ini di mata aku sebagai anak yang banyak onarnya..
--------------------------------------
itulah gelaran yang diberi
kepadanya..
Insan yang sangat mengambil berat
perihal keluarga..
Aku tidak tahu adakah ayah orang
lain sama hebatnya dengan ayah ku ini..
Tetapi..
Insan yang bergelar ayah ini sangat
berharga di mataku..
Air mataku mengalir semakin laju
mengenangkan pengorbanannya..
Insan ini lah yang akan menelefon ku
setiap hari bertanyakan perihal
anaknya..
Ini bukanlah omongan kosong untuk
mengindahkan sesebuah cerita..
tetapi ini lah hakikat yang ingin aku kongsikan
kepada semua..
Ayah akan menelefon aku setiap hari
untuk bertanyakan pengkhabaranku di perantauan..
Ayah tidak akan menjawab
panggilanku.. melainkan dia yang akan menelefon aku semula supaya tidak habes
kredit yang ada di dalam handphone ku ini..
“iin ade topup lagi??”…persoalan
yang selalu aku dengarkan…dan ayah akan sentiasa mentopupkan kredit ku apabila
dia mengetahui yang aku tidak mempunyai kredit..
Aku bukanlah seorang anak yang suka
meminta-minta kepada orang tuaku..
Tetapi..
MashaALLAH…mendengar suaraku sahaja
mereka mengetahui apa yang ada di dalam hatiku ini…
malunya aku pada ayah..
Ayah sangat menjaga dan mengambil
berat perihal kami sekeluarga.. bukan hanya aku yang sebegini..hal ini juga
berlaku pada adik beradik yang lain..
Terkadang sehingga kami menjadi
rimas dengan kerenah ayah yang sentiasa ingin mengetahui pergerakan anaknya..
Tetapi..itulah hakikatnya..
Ayah sangat sayangkan kami walaupun
ibu yang sering kelihatan gelisah dengan permasalah kami tetapi aku mengerti
yang ayah lah yang sentiasa berfikir untuk anak-anaknya..
Masih lagi aku teringat sewaktu
belajar di institusi pendidikan awam dahulu..
Akibat daripada jarak yang agak jauh
dari rumah sewa ke poli menyebabkan persoalan motor menjadi tajuk utama perbualan aku dan rakan-rakan..
Tidak pernah aku menyuarakan
keinginan untuk mendapatkan motor yang baru..
tetapi seolah-olah ibu dan ayah ku
mengerti kesusahan yang di alami..
Akhirnya ayah membuat keputusan
untuk menjual van merah yang kami gunakan sebelum ini lalu hasil daripada
penjualan itu ayah membelikan aku motor modenas GT dengan sekali bayaran
sahaja.. ya ALLAH.. besar benar pengobanan mereka buat diriku..:(
Ramai di kalangan kawan-kawan ku
mempertikaikan mengapa dan kenapa aku memilih motosikal buatan Malaysia yang
mungkin kurang hebatnya berbanding motosikal jenama yang lain..
Sememangnya mereka tidak mengerti
apa yang aku rasakan..
Ini merupakan pilihan ayah..kerana
ayah tidak mahu membelikan aku motosikal yang menjadi perhatian para pencuri
dan kelajuan yang akan membahayakan keselamatanku..
Adakah aku perlu menjelaskan kepada
mereka perihal ini??..
Rasenya tidak perlu…
Apabila aku renung tajam kearah
ayah..
Aku mula melihat betapa penatnya dia
bekerja membawa bas yang terkadang berhadapan dengan kesesakan lalu lintas di
sekitar kuala lumpur ini..
Terkadang terdengar juga rungutan
ayah disebabkan kesesakan yang teruk melanda Bandar metropolitan itu..
Tetapi ayah gagahi jua demi mencari
sesuap nasi untuk kami semua…
Terlalu banyak pengorbanan seorang insan yang bergelar ayah
ini di mataku..
Seandainya pasir di lautan itu tidak
mampu untuk dihitung bilangannya..
Begitulah pengorbanan ayah buat kami
semua..
Dia rela mati daripada melihat
anaknya tidak bahagia..
Ya Allah…masukkan lah insan hebat
ini kedalam syurgamu…amen ya Allah..
Tiba-tiba jantung ku tersentak
mendengarkan kata-kata yang keluar daripada mulut ayah…
“bila lah anak-anak ayah nak
kerja..??...ayah ingat lepas anak-anak ayah dah kerja boleh lah ayah duduk
dirumah..pergi ke surau…beribadat… Ayah ni pun dah tak larat sngat nak
kerja…badan dah sakit-sakit..”
Aku terpaku diam seribu bahasa
mendengar kata-kata ayah…
Ingin sekali aku melihat wajah ayah
yang redup itu sedalam-dalamnya..
Mungkin bagi kita adalah perkara
biasa apabila seorang ayah berbicara seperti itu kepada anaknya..
Tetapi tidak bagi aku…
Bait-bait katanya sangat menyentuh
seluruh jiwa ragaku dan seolah-olah ada hentaman yang kuat menusuk ke benak
fikiranku…
Diam-diam aku masuk kedalam bilik..
lalu menekap muka dengan sebuah bantal..
Akhirnya air mata ku mencurah bak
air terjun yang sedang mengalir tanpa hentinya…
Adakah iin mampu untuk membahagiakan
ayah…??
Adakah iin mampu untuk mendapatkan
pekerjaan yang baik kelak??
adakah iin mampu memberikan apa yang
ayah harapkan??..
air mataku semakin laju mengalir…
kelihatan harapan yang tinggi
diletakkan dibahu seorang anak lelaki ini di dalam keluarga..
seolah-olah ayah memang mengharapkan
anak lelakinya ini akan menjadi pembela dan sentiasa menjadi kebanggaan kepada
rakan-rakannya yang lain..
Ya Allah…
Ampunilah dosa hambamu ini ya
Allah..
Seandainya aku tidak berusaha untuk
menjadi insan yang berjaya…
Aku tidak tahu adakah kejayaan akan
aku miliki..
Tetapi dengan usaha setidak-tidaknya
ayah dapat melihat titik peluh iin di
dalam menggapai kejayaan..
Maaf kan iin ayah..
terkadang malas
merajai jiwa dan terkadang nafsu mendahului segalanya..
Iin malu dengan ayah seandainya
kejayaan tidak berpihak kepada iin..
inshaAllah..
akan iin usahakan selagi
kudrat masih ada untuk menggapai kejayaan..
agar satu hari nanti ayah akan
menangis kegembiraan melihat iin menjadi insan yang berguna kepada ayah..ibu…keluarga..dan
masyarakat…
doakan iin ya ayah…
ayahlah insan yang paling iin
hormati di dunia ini..
pengorbananmu di sangjung tinggi..
(air mataku terus mengalir sehingga
tulisan yang terakhir ini..)…
tulisan semata-mata...:)
0 comments:
Post a Comment