Ilham Yusrizal Ilham Yusrizal: 2014
YA ALLAH..PERMUDAHKANLAH UNTUK KAMI URUSAN KAMI...

Wednesday 8 January 2014

Pancaran Harapan Di Raut Wajahmu...


Jam di tangan menunjukkan pukul 1.20 pagi.. mata yang layu ini masih lagi belum 
mampu ditutupi sepenuhnya.. kedengaran alunan kipas yang masih menjadi peneman setia di kala insan lain sedang enak beradu kasih dengan bantal busuk nya..

Tiba-tiba aku terfikir bertapa beratnya pengorbanan seorang insan terhadap aku dan ahli keluarga.. perginya di pagi hari di saat alam masih bergelap gelita dan pulangnya di saat malam mula membuka tirainya. 

Aku tersandar di penjuru meja lalu air mata kejantanan mengalir setitis demi setitis mengenang pengorbanan dan perit jerih insan yang bergelar AYAH ini..

Sudah terlalu lama aku ingin menulis mengenai insan hebat ini..dan Alhamdulillah..
Pada pagi yang hening ini..aku terpanggil untuk bercerita betapa hebatnya insan ini di mata aku sebagai  anak yang banyak onarnya..


--------------------------------------


itulah gelaran yang diberi kepadanya..
Insan yang sangat mengambil berat perihal keluarga..
Aku tidak tahu adakah ayah orang lain sama hebatnya dengan ayah ku ini..
 Tetapi..
 Insan yang bergelar ayah ini sangat berharga di mataku..
 Air mataku mengalir semakin laju mengenangkan pengorbanannya..
 Insan ini lah yang akan menelefon ku setiap hari bertanyakan perihal 
anaknya..
Ini bukanlah omongan kosong untuk mengindahkan sesebuah cerita..

tetapi ini lah hakikat yang ingin aku kongsikan kepada semua..

Ayah akan menelefon aku setiap hari untuk bertanyakan pengkhabaranku di perantauan.. 

Ayah tidak akan menjawab panggilanku.. melainkan dia yang akan menelefon aku semula supaya tidak habes kredit yang ada di dalam handphone ku ini..

“iin ade topup lagi??”…persoalan yang selalu aku dengarkan…dan ayah akan sentiasa mentopupkan kredit ku apabila dia mengetahui yang aku tidak mempunyai kredit..

Aku bukanlah seorang anak yang suka meminta-minta kepada orang tuaku..
 Tetapi..
 MashaALLAH…mendengar suaraku sahaja mereka mengetahui apa yang ada di dalam hatiku ini…
 malunya aku pada ayah..
 Ayah sangat menjaga dan mengambil berat perihal kami sekeluarga.. bukan hanya aku yang sebegini..hal ini juga berlaku pada adik beradik yang lain..
 Terkadang sehingga kami menjadi rimas dengan kerenah ayah yang sentiasa ingin mengetahui pergerakan anaknya..
 Tetapi..itulah hakikatnya..
 Ayah sangat sayangkan kami walaupun ibu yang sering kelihatan gelisah dengan permasalah kami tetapi aku mengerti yang ayah lah yang sentiasa berfikir untuk anak-anaknya..
 Masih lagi aku teringat sewaktu belajar di institusi pendidikan awam dahulu..
 Akibat daripada jarak yang agak jauh dari rumah sewa ke poli menyebabkan persoalan motor menjadi tajuk utama  perbualan aku dan rakan-rakan..
 Tidak pernah aku menyuarakan keinginan untuk mendapatkan motor yang baru..
 tetapi seolah-olah ibu dan ayah ku mengerti kesusahan yang di alami..

Akhirnya ayah membuat keputusan untuk menjual van merah yang kami gunakan sebelum ini lalu hasil daripada penjualan itu ayah membelikan aku motor modenas GT dengan sekali bayaran sahaja.. ya ALLAH.. besar benar pengobanan mereka buat diriku..:(

Ramai di kalangan kawan-kawan ku mempertikaikan mengapa dan kenapa aku memilih motosikal buatan Malaysia yang mungkin kurang hebatnya berbanding motosikal jenama yang lain..

Sememangnya mereka tidak mengerti apa yang aku rasakan..
Ini merupakan pilihan ayah..kerana ayah tidak mahu membelikan aku motosikal yang menjadi perhatian para pencuri dan kelajuan yang akan membahayakan keselamatanku..
 Adakah aku perlu menjelaskan kepada mereka perihal ini??..
Rasenya tidak perlu…
Apabila aku renung tajam kearah ayah..
 Aku mula melihat betapa penatnya dia bekerja membawa bas yang terkadang berhadapan dengan kesesakan lalu lintas di sekitar kuala lumpur ini..
 Terkadang terdengar juga rungutan ayah disebabkan kesesakan yang teruk melanda Bandar metropolitan itu..
 Tetapi ayah gagahi jua demi mencari sesuap nasi untuk kami semua…
 Terlalu banyak  pengorbanan seorang insan yang bergelar ayah ini di mataku..
Seandainya pasir di lautan itu tidak mampu untuk dihitung bilangannya..
 Begitulah pengorbanan ayah buat kami semua..
 Dia rela mati daripada melihat anaknya tidak bahagia..
 Ya Allah…masukkan lah insan hebat ini kedalam syurgamu…amen ya Allah..
 Tiba-tiba jantung ku tersentak mendengarkan kata-kata yang keluar daripada mulut ayah…

“bila lah anak-anak ayah nak kerja..??...ayah ingat lepas anak-anak ayah dah kerja boleh lah ayah duduk dirumah..pergi ke surau…beribadat… Ayah ni pun dah tak larat sngat nak kerja…badan dah sakit-sakit..”

Aku terpaku diam seribu bahasa mendengar kata-kata ayah…

Ingin sekali aku melihat wajah ayah yang redup itu sedalam-dalamnya..
Mungkin bagi kita adalah perkara biasa apabila seorang ayah berbicara seperti itu kepada anaknya..
 Tetapi tidak bagi aku…
 Bait-bait katanya sangat menyentuh seluruh jiwa ragaku dan seolah-olah ada hentaman yang kuat menusuk ke benak fikiranku…

Diam-diam aku masuk kedalam bilik.. lalu menekap muka dengan sebuah bantal..
Akhirnya air mata ku mencurah bak air terjun yang sedang mengalir tanpa hentinya…
 Adakah iin mampu untuk membahagiakan ayah…??
Adakah iin mampu untuk mendapatkan pekerjaan yang baik kelak??
adakah iin mampu memberikan apa yang ayah harapkan??..
air mataku semakin laju mengalir…
 kelihatan harapan yang tinggi diletakkan dibahu seorang anak lelaki ini di dalam keluarga..
 seolah-olah ayah memang mengharapkan anak lelakinya ini akan menjadi pembela dan sentiasa menjadi kebanggaan kepada rakan-rakannya yang lain..
 Ya Allah…
 Ampunilah dosa hambamu ini ya Allah..
 Seandainya aku tidak berusaha untuk menjadi insan yang berjaya…
 Aku tidak tahu adakah kejayaan akan aku miliki..
 Tetapi dengan usaha setidak-tidaknya ayah dapat melihat titik peluh iin  di dalam menggapai kejayaan..
 Maaf kan iin ayah..
 terkadang malas merajai jiwa dan terkadang nafsu mendahului segalanya..
 Iin malu dengan ayah seandainya kejayaan tidak berpihak kepada iin..
 inshaAllah..
 akan iin usahakan selagi kudrat masih ada untuk menggapai kejayaan..
 agar satu hari nanti ayah akan menangis kegembiraan melihat iin menjadi insan yang berguna kepada ayah..ibu…keluarga..dan masyarakat…
 doakan iin ya ayah…
 ayahlah insan yang paling iin hormati di dunia ini..
 pengorbananmu di sangjung tinggi..
 (air mataku terus mengalir sehingga tulisan yang terakhir ini..)…
 Masihkah ada sinar untuk aku berjaya…………….??

tulisan semata-mata...:)



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Ilham Yusrizal