Ilham Yusrizal Ilham Yusrizal: 2013
YA ALLAH..PERMUDAHKANLAH UNTUK KAMI URUSAN KAMI...

Saturday 14 December 2013

Aku dan Motivasi...

Tak tahu mcm mana nak mulakan tajuk niey..tpe tu lah..hati tetap rase nak menulis jgak entry baru..lame sngat tak mengasah bakat terpendam niey..

Aku dan motivasi!!

Sebenarnya lame sngat dah diri ini meminati motivasi…semenjak dari kecik lagi dah terdedah dengan motivasi..dan kebanyakkah hasil kejayaan yang dikecapi sebelum ni berbekalkan motivasi kehidupan..

Mungkin disebabkan kekurangan diri di dalam kehidupan..kesusahan keluarga menyebabkan diri ini sentiasa berfikir bagaimana hendak menjadi orang berjaya..

Dan kebiasaannya kejayaan memang tak lepas daripada motivasi..

Ramai pencetus motivasi di tanah air yang menjadi peransang buat diri ni untuk jadi seperti mereka.. selalu bercita-cita nak jadi ahli motivasi..tapi ambil bidang engineering..mcm mane tue??huhuhu…

Bila melihat ramai manusia-manusia hebat yang berjaya diusia muda lagi menambahkan rase jeles yang bertingkat-tingkat di dalam diri..

Slalu nak kaji mcm mana diorang bole berjaya…dan kebanyakkan hasil kejayaan diorang ni adalah usaha yang berterusan ditambah dengan rasa happy apabila melakukan sesuatu yang mereka inginkan..

Mcm mane nak berjaya if kita tak minat dengan ape yang kita lakukan kan..
Ramai orang kata yang minat tu boleh di gilap..

Sebagai contoh..berape ramai student yang study dekat university dengan kos masing-masing tetapi diorang sendiri tak tahu ape yang diorang blajar..lepas tu bila belajar asyik lupe je…huhhh…

Itulah merupakan salah satu kriteria yang sebenarnya seseorang tu tak berminat dalam bidang yang diambil..
Tibe-tibe teringat kata-kata seorang prof yang hebat ni..nama tak perlu letak kowt..huhu..

Dye kata kita ni klu nak berjaya dalam sesuatu bidang yang diceburi.. “you need to have a passion”..kene rase ghairah dan excited bila belajar tue..

Macam kita main games ataupun tengok movie… ¾ pagi pown masih lagi kerah tenaga dan sengkang mata..sebab cinta punye pasai..kan..betol tak??
(klu boleh bertahajjudlah skali ye)..

Tpe itu lah hakikatnya kan…
Mungkin lepas ni boleh jadi engineer yang bermotivasi kowt..hehehe..

Berbalik kepada insan-insan hebat yang menjadi kegilaan aku di dalam bidang motvasi ni ada 2 orang sebenarnya..

-Amin Idris dan juga prof dr Muhaya Mohammad…

Rasenye dah banyak buku diorang yang aku jadikan koleksi peribadi dan pencetus inspirasi..klu tak salah buku biografi inspirasi “sejernih sinar matamu” merupakan buku yang termahal setakat niey.. habes gaji keje 2 hari tolong pakcik berniaga…tetapi cinta punye pasal aku gagahkan juga membelinya…



Tak rase serbe salah langsung beli buku tue..
Kedua-dua insan hebat ini telah berjaya di dalam bidang masing-masing dan selalu nak kongsikan pada semua macam mana nak berjaya…

ilmu yang bermanafaat di jadikan modal untuk mereka berniaga mendapatkan saham di akhirat kelak..

Apa yang menyebabkan aku berminat dengan mereka ini adalah disebalik kejayaan yang mereka kecapi dan usaha yang tidak pernah terhenti…

tetapi mereka sentiasa meletakkan kebergantungan kepada ilahi di tempat yang paling tertinggi..so..kita dapat melihat kejayaan mereka ni bukan setakat di dunia tetapi inshaAllah di akhirat juga..amennn….

Kata-kata prof Muhaya yang sentiasa terngingan di benak fikiran ni adalah kita tidak mencari redha manusia..tetapi kita mencari redha Allah…

jangan bergantung kepada manusia tetapi bergantunglah kepada yang maha Esa..

Amen idris juga tidak kurang hebatnya di dalam memperkenalkan formula “magnet diri”..sememangnya dia mempunyai daya magnet diri yang hebat membuatkan aku tak henti-henti nak tahu ape rahsianya…


Tetapi secara kasarnya teori sememangnya tidak sama dengan realiti…..:(…wuahhhh….
Hakikatnya bukan mudah untuk mengapai kejayaan..

Usaha dan matlamat yang kuat pasti akan membuatkan kita berjaya…
inshaAllah..akan ku cuba sedaya upaya..

begitulah kisah aku dan motivasi yang sangat bermakna buat diri ini..tak tahu lah mana nak pegi seandainya hilang motivasi di dalam diri ni..

Seandainya semangat  bernama motivasi ini seorang wanita..akan ku usahakan untuk mengahwininya..cewaahhhh…

huhhhhhh…..

cukup-cukup..nanti bosan..hehehe...

oklah...

moga-moga kita sentiasa bermotivasi di dalam setiap apa yang  kita lakukan dan perkara itu tidak salah sama sekali..

dan yang paling utama adalah bagaimana hubungan kita dengan maha Esa…

adakah kita hanya mahu kejayaan di dunia sahaja sebagai mana berjaya nya orang di barat sana??

Semestinya tidak..

Matlamat terakhir kita adalah ingin menempatkan diri di syurga Allah s.w.t..
Dunia ini adalah persinggahan sementara sebelum kita berangkat ke negara akhirat yang kekal abadi…



Sekian dlu bro!! wssalam..:) Penulisan dari hari…

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 3 April 2013

Yang tinggal inilah harapan kita..


Harapan demi harapan sentiasa diharapkan demi mengharap pengharapan itu tiba..Harapan hanya tinggal harapan disaat harapan menjadi  sebuah pengharapan..begitu lah hakikatnya pengharapan..


Di saat manusia mula menginginkan sesuatu di dalam kehidupan.
Kadangkala kehidupan kita ini begitu diuji dengan hebatnya dunia sehingga yang merangkak akan dipijak dan pastinya akan diinjak2 mengikut acuan dan ramuan sang pemijak..
Begitulah dasyatnya penangan insan yang menjadikan dunia sebagai hamparan pengakhiran kehidupannya.
Tidak dapat dinafikan sememangnya kita perlu meletakkan pengharapan kepadaNYA dengan keyakinan semaksima mungkin tanpa ada keraguan yang hadir di dalam diri. 
Kerana insan terlalu lemah untuk menjangkau apa yang akan berlaku pada dirinya hatta sesaat dihadapan.

Yang ada inilah harapan kitaaa..


Insan akan terpaut pada keindahan makhluk yang bergelar harapan..sesuatu khayalan yang disandarkan di segenap pemikiran mengharapkan sesuatu yang indah pada setiap kejadian.

Diri ini sentiasa ingin mengharapkan sesuatu yang bersifat baru di dalam kehidupan dan ia sememangnya lumrah yang ada pada insan yang bergelar manusia..



kehidupan adalah perubahan..

Di dalam kesibukkan kita mengejar pengharapan itu..terkadang kita alpa dengan apa yang telah kita miliki.

Mungkin kefahaman itu ada di dalam jiwa setiap dari kita tetapi kesedaran itu barangkali ramai manusia yang terlupa.

Apabila insan sempurna kehidupannya dan tiba-tiba dia diuji dengan kehilangan nikmat yang sementara maka manusia akan menyedari betapa berharganya apa yang telah kita miliki ini..

Insan akan bangkit di malam hari dan mengadu kepada sang pencipta untuk dikembalikan nikmat yang telah dikecapi sebelum ini sehingga terlupa dengan pengharapan yang ingin kita kecapi..

Betapa besarnya nimat yang telah diberikan olehNYA tanpa meminta imbalan dari manusia yang hina lagi tak terdaya ini.

 Dan..

Bersyukurlah wahai sang pengembara…






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 3 January 2013

Beriman dengan sekeping ijazah??


“Dunia pekerjaan di luar sana sangat kejam ilham..!!

Jangan kau hanya beriman dengan sekeping ijazah seperti kebanyakkan mahasiswa/siswi..

Kau mesti  ada nilai tambah yang tersendiri untuk bersaing dengan mereka..

Jika kau nak jadi sesuatu…kau mesti jadi sesuatu…

Dan yang paling penting jangan jadi student yang lemau….

woWWwww….

Kata-kata somebody yang menjentik kuping telinga ni sehingga menyalakan api yang lama kegersangan…

fuhhh….

Termenung panjang bila kata-kata tersebut dilaungkan..

terasa diri ni seperti motor yang sedang dibawa tenang tiba-tiba dipecut secara mendadak..

Darah yang sentiasa di bawah paras kebiasaan menjadi tinggi tidak menentu..

Itik yang pulang petang dengan aman tiba-tiba mengamuk di pertengahan jalan..

Begitu lah andaian yang boleh diceritakan apabila diri ini mendengar kata-kata yang membuatkan jiwa 
keremajaan mula tercabar…

Rase macam nak terbang sekarang je untuk menyahut cabaran yang ditujukan…

Tpe…

Hahhhh…!!!

Tu le masalah kite skarang ni...

Terlalu banyak bertapi-tapi…or..alasan je kan kite nieey...(termasuk lah diri niey)..

Sebenarnya…

Mentaliti kita masih mengekalkan pemikiran-pemikiran yang lama dan lapuk sifatnya..

Kita masih lagi mengamalkan kehidupan seperti adik-adik sekolah rendah atau menengah yang hidupnya ditentukan oleh bunyi loceng…

Krinnnkkkkk…..

Masuk sekolah….

Krinnnkkkkkk..

Waktu rehat….

Kriiiiinnnkkkk…

Waktu balek…

Kriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiinnnnnkkkkkkkkkkkk….

Alamatnya sekolah terbakor…hehehehe…

adakah kehidupan kita sekarang ni sama seperti kehidupan adik-adik kita di sekolah yang perlu diaturkan segalanya untuk menjalani sebuah kehidupan yang baik..

ofcourse la  tak kan….

diperingkat yang lebih tinggi…

kita diberikan kebebasan untuk menentukan perjalanan kehidupan yang kita inginkan..

segala yang kita lakukan bergantung kepada diri kita sendiri..

kita ingin menjadi seekor kura-kura ke??

Menjadi seekor kucing ke??

Menjadi seekor koala ke??

Atau menjadi seekor singa yang gagah??...








kematangan dari sudut umur memperlihatkan yang mana kita telah menjangkau bilangan yang membolehkan kita berfikir secara matang di dalam mengenal erti kehidupan..

mungkin itu lah yang dimaksudkan dengan “mahasiswa yang lemau”…

kita hanya menjadi manusia yang terlalu bergantung kepada orang lain di didalam kehidupan ini sehingga tidak nampak kelebihan yang ada pada diri kita…

Untuk bersaing dengan dunia di luar sana kita memerlukan nilai tambah yang membolehkan kita menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik.

kita mesti mampu untuk menjadi mahasiswa yang serba boleh dari pelbagai sudut…

kita kene focus dengan pembelajaran dan pada masa yang sama kita berusaha untuk mencari nilai tambah yang ada di dalam diri kita…

kita mesti yakin dan percaya yang setiap insan di muka bumi ini mempunyai kebolehan dan kehebatan masing-masing dan perkara itu perlu digilap sebaik mungkin untuk menjadikan kita somebody..

andai kita mampu untuk berbicara..gunakan platform terbaik untuk berbicara…

andai kita minat menulis..jadikan tulisan kita sebagai hidangan kepada orang lain..

andai kita seorang yang bermotivasi..jadikan diri kita sebagai contoh kepada rakan yang lain..

ini semua boleh dijadikan dakwah andai kene pada niatnya…

andai ku bercinta lagi..satu hari nanti…!!!

Hah..yang ni lirik lagu kumpulan mojo…(tak de kene mengene)…

So…jadinya sekarang ni..

jom jadikan diri kita insan yang mempunyai interpersonaliti tersendiri yang mampu memberikan nilai tambah di dalam diri kita untuk menghadapi kerakusan dunia yang semakin dasyat…

kita jadikan azam tahun ini sebagai titik perubahan terhadap diri kita terutamanya dari sudut cara kita berfikir(mentality)..

segalanya bermula disini…(pinjam trademark tv alhijrah)..hehe…

ni je la ye untuk entri kali ini..tulis banyak2 takut bosan nak bace..
at least kite dapat seseuatu yang boleh dijadikan manfaat untuk kita semua terutamanya untuk diri ini…J



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Ilham Yusrizal