Ilham Yusrizal Ilham Yusrizal: December 2013
YA ALLAH..PERMUDAHKANLAH UNTUK KAMI URUSAN KAMI...

Saturday 14 December 2013

Aku dan Motivasi...

Tak tahu mcm mana nak mulakan tajuk niey..tpe tu lah..hati tetap rase nak menulis jgak entry baru..lame sngat tak mengasah bakat terpendam niey..

Aku dan motivasi!!

Sebenarnya lame sngat dah diri ini meminati motivasi…semenjak dari kecik lagi dah terdedah dengan motivasi..dan kebanyakkah hasil kejayaan yang dikecapi sebelum ni berbekalkan motivasi kehidupan..

Mungkin disebabkan kekurangan diri di dalam kehidupan..kesusahan keluarga menyebabkan diri ini sentiasa berfikir bagaimana hendak menjadi orang berjaya..

Dan kebiasaannya kejayaan memang tak lepas daripada motivasi..

Ramai pencetus motivasi di tanah air yang menjadi peransang buat diri ni untuk jadi seperti mereka.. selalu bercita-cita nak jadi ahli motivasi..tapi ambil bidang engineering..mcm mane tue??huhuhu…

Bila melihat ramai manusia-manusia hebat yang berjaya diusia muda lagi menambahkan rase jeles yang bertingkat-tingkat di dalam diri..

Slalu nak kaji mcm mana diorang bole berjaya…dan kebanyakkan hasil kejayaan diorang ni adalah usaha yang berterusan ditambah dengan rasa happy apabila melakukan sesuatu yang mereka inginkan..

Mcm mane nak berjaya if kita tak minat dengan ape yang kita lakukan kan..
Ramai orang kata yang minat tu boleh di gilap..

Sebagai contoh..berape ramai student yang study dekat university dengan kos masing-masing tetapi diorang sendiri tak tahu ape yang diorang blajar..lepas tu bila belajar asyik lupe je…huhhh…

Itulah merupakan salah satu kriteria yang sebenarnya seseorang tu tak berminat dalam bidang yang diambil..
Tibe-tibe teringat kata-kata seorang prof yang hebat ni..nama tak perlu letak kowt..huhu..

Dye kata kita ni klu nak berjaya dalam sesuatu bidang yang diceburi.. “you need to have a passion”..kene rase ghairah dan excited bila belajar tue..

Macam kita main games ataupun tengok movie… ¾ pagi pown masih lagi kerah tenaga dan sengkang mata..sebab cinta punye pasai..kan..betol tak??
(klu boleh bertahajjudlah skali ye)..

Tpe itu lah hakikatnya kan…
Mungkin lepas ni boleh jadi engineer yang bermotivasi kowt..hehehe..

Berbalik kepada insan-insan hebat yang menjadi kegilaan aku di dalam bidang motvasi ni ada 2 orang sebenarnya..

-Amin Idris dan juga prof dr Muhaya Mohammad…

Rasenye dah banyak buku diorang yang aku jadikan koleksi peribadi dan pencetus inspirasi..klu tak salah buku biografi inspirasi “sejernih sinar matamu” merupakan buku yang termahal setakat niey.. habes gaji keje 2 hari tolong pakcik berniaga…tetapi cinta punye pasal aku gagahkan juga membelinya…



Tak rase serbe salah langsung beli buku tue..
Kedua-dua insan hebat ini telah berjaya di dalam bidang masing-masing dan selalu nak kongsikan pada semua macam mana nak berjaya…

ilmu yang bermanafaat di jadikan modal untuk mereka berniaga mendapatkan saham di akhirat kelak..

Apa yang menyebabkan aku berminat dengan mereka ini adalah disebalik kejayaan yang mereka kecapi dan usaha yang tidak pernah terhenti…

tetapi mereka sentiasa meletakkan kebergantungan kepada ilahi di tempat yang paling tertinggi..so..kita dapat melihat kejayaan mereka ni bukan setakat di dunia tetapi inshaAllah di akhirat juga..amennn….

Kata-kata prof Muhaya yang sentiasa terngingan di benak fikiran ni adalah kita tidak mencari redha manusia..tetapi kita mencari redha Allah…

jangan bergantung kepada manusia tetapi bergantunglah kepada yang maha Esa..

Amen idris juga tidak kurang hebatnya di dalam memperkenalkan formula “magnet diri”..sememangnya dia mempunyai daya magnet diri yang hebat membuatkan aku tak henti-henti nak tahu ape rahsianya…


Tetapi secara kasarnya teori sememangnya tidak sama dengan realiti…..:(…wuahhhh….
Hakikatnya bukan mudah untuk mengapai kejayaan..

Usaha dan matlamat yang kuat pasti akan membuatkan kita berjaya…
inshaAllah..akan ku cuba sedaya upaya..

begitulah kisah aku dan motivasi yang sangat bermakna buat diri ini..tak tahu lah mana nak pegi seandainya hilang motivasi di dalam diri ni..

Seandainya semangat  bernama motivasi ini seorang wanita..akan ku usahakan untuk mengahwininya..cewaahhhh…

huhhhhhh…..

cukup-cukup..nanti bosan..hehehe...

oklah...

moga-moga kita sentiasa bermotivasi di dalam setiap apa yang  kita lakukan dan perkara itu tidak salah sama sekali..

dan yang paling utama adalah bagaimana hubungan kita dengan maha Esa…

adakah kita hanya mahu kejayaan di dunia sahaja sebagai mana berjaya nya orang di barat sana??

Semestinya tidak..

Matlamat terakhir kita adalah ingin menempatkan diri di syurga Allah s.w.t..
Dunia ini adalah persinggahan sementara sebelum kita berangkat ke negara akhirat yang kekal abadi…



Sekian dlu bro!! wssalam..:) Penulisan dari hari…

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Ilham Yusrizal