Ilham Yusrizal Ilham Yusrizal: October 2012
YA ALLAH..PERMUDAHKANLAH UNTUK KAMI URUSAN KAMI...

Friday 19 October 2012

Yakinlah Wahai Diri...

Ketika lepas beban di alam remaja..
Impianku tidak mengenal batasan- aku ingin mengubah DUNIA...

Apabila usia meningkat dewasa dan aku semakin matang,
Kusedari..rupanya dunia tidak akan berubah...

Lalu aku bataskan jangkauan..

Memadailah jika aku dapat mengubah NEGARA..
Namun ini juga tidak kesampaian...

Diusia senja,,pilihan terakhirku adalah ingin mengubah KELUARGA..
Dan mereka yang terdekat..
Malangnya...mereka juga tidak mampu kuubah..

Kini,,diperbaringan menanti maut...
Baru kusedari(mungkit buat kali yang pertama)...

Andai dulu yang pertama kuubah adalah DIRI SENDIRI..
Dapat menunjukkan teladan yang baik..
Pasti aku dapat mengubah KELUARGA..

Lantas..dengan sokongan dan dorongan semangat mereka..
Aku pasti mampu mengubah NEGARA..
Dan siapa tahu..mungkin juga aku mampu mengubah DUNIA..

YAKINLAH WAHAI DIRI...
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Aku Rindukan Desiran Angin Disana……….


2 Bulan hampir berlalu…tetapi hembusan ketenangan yang sangat mengasyikkan di pondok itu membuatkan aku mula menjadi rindu…

PONDOK PASIR TUMBUH  seindah namamu..itulah ungkapan yang sering terngiang-ngiang dibenakku..Seringkali andaian demi andaian terukir di kotak pemikiran ini lantas hatiku bertanya…

Adakah diri yang lemah lagi kerdil ini layak untuk ditempatkan ditempat sehebat itu??
ataupun
Adakah pertemuan ini hanyalah  serpihan kenangan yang boleh dicampak begitu sahaja yang hanya memenuhi kelapangan masa yang ada??

Setelah bertadabbur dan mengerahkan potensi akal yang sememangnya tidak ada tolok bandingnya..
Akhirnya aku mula mengerti mengapa dan mengapa ianya terjadi…

Tidak Allah ciptakan sesuatu itu dengan sia-sia..

SUBHANALLAH..

Ternyata diriku ini masih lagi diberi peluang dan hidayah untuk terus dekat bersamaNYA…terlalu banyak cabaran yang mendatang ketika kaki hendak mula  melangkahkan diri keluar daripada gerbang keselesaan..

Disini memanggil..disana menjenguk…dan akhirnya hati ini tetap keras untuk terus melangkah ke daerah che siti wan kembang itu..

Alhamdulillah…bersyukur juga ada sahabat yang begitu mengambil berat tentang diri ini yang terus dan terus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi di saat diri ini di puncak kebahagiaan mahupun terjerumus kekancah kehinaan..

Pelbagai persoalan yang sering menjadi kayu ukur di dalam mencari solusi sebelum menjejakkan kaki di pondok itu.
 
Ada sebahagian yang menyokong penuh pemergian diri ini kesana..
Dan
Ada juga yang melontarkan pandangan yang berbeza dengan menolak secara terus pembelajaran yang diajar disana disebabkan keraguan terhadap kesahihan  sumber-sumber yang ada pada kitab-kitab kuning yang digunapakai sebagai modul pembelajaran…

Tetapi bagi diri yang lemah ini rasenye tidak ada salahnya untuk kita sebagai gen-y ini yang yang dianggap mempunyai daya fikir yang jauh kehadapan mencuba untuk menyelami kehidupan di pondok..
Mungkin sekadar alunan cerita tidak begitu konkrit untuk kita mengiyakan pandangan seseorang melainkan kita sendiri yang menyelami dan merenangi sesebuah lautan itu..

          Rasenya dalam agama sendiri tidak menggalakkan umatnya bertaklik secara buta ataupun mengikut sahaja secara semberono tanpa membuat penelitian apa yang diperkatakan oleh seseorang hatta ianya ulama,ustad,guru, dan sebagainya..kerana mereka juga merupakan manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan..

          Mungkin solusi bagi permasalah ini adalah dengan mengambil sebanyak mungkin kebaikan yang ada dan mula menepis segala kekurangan dengan cara yang paling berhikmah..
 dengan hikmah kita meneroka..

insyaALLAH..:)

Suasananya di pondok  yang begitu memperincikan ketemadunan syariat islamiah menyebabkan pondok ini menjadi begitu bernilai sifatnya. Keadaan yang begitu sederhana menyebabkaan jiwa yang sentiasa memberontak menginginkan segala kemodenan mula mengendurkan langkahnya..

Tidak juga aku nafikan ramai yang  tersengih-sengih dengan kerutan yang begitu menjengkelkan apabila aku mula menceritakan perihal pondok yang begitu bertentangan dengan apa yang dihidangkan oleh yahudi kepada mereka ketika ini.

Tidak aku hirau omongan-omongan  kosong  yang mereka alunkan..Bukanlah  REDHA manusia yang diharapkan di dalam pelayaran ini…

APALAH YANG ADA PADA KITARAN HIDUP YANG SEMENTARA INI..melainkan berusaha  untuk menempahkan tiket ke slot yang selese di penghujung perjalanan nanti..

InsyaALLAH..doa yang akan ku kirimkan buat sahabat yang sebenarnya tidak termaksud untuk berdendang sebegitu melainkan sedikit kejahilan yang mengiringi mereka…


Ya Allah…
Belum pernah aku lalui luakan ketenangan yang menggunung sehebat  ini…Walaupun kehidupan di sana serba serbi kekurangan..tetapi dek keberkatan para pejuang-pejuang umat.. Segalanya seakan diredhadai olehNYA..

Air periginya yang sangat menyegarkan itu mengingatkan aku telatah-telatah manja sahabat seperjuangan yang sama-sama merangkak mencari pengertian hidup di bumi ALLAH ini..

Manakan tidaknya..lontaran gelak ketawa kamilah  yang sering memecah kebuntuan persekitaran yang aman sentosa di pondok itu..

senyuman yang sentiasa terukir di wajah Mustafa dan sifatnya seakan-akan straw yang lurus itu menyebabkan kami tidak putus-putus untuk mengulit kenangan bersamanya …

Malam yang sunyi kadangkala begitu nostalgia bagi kami lantaran mendengar alunan qhasidah di asrama Selangor..

Ohhh…

Tidak dapat digambarkan betapa rindunya aku untuk mengalunkan qhasidah Ya Badrotim bersama pejuang2 disana..jika di KL aku menghabiskan sisa malam-malam dengan keseronokan yang hanya memakan diri..tetapi di sana aku disajikan degan santapan-santapan yang membuatkan hati menjadi  kenyang…
Ya Allah..berilah aku kekuatan di dalam mengharungi kehidupan dunia yang kelaparan ini
tak kala kekuatan iman terkadang mampu berdiri dan terkadang hanya mampu merangkak..

Kenangan di pondok sangat indah apabila dikenangkan secara naluri..

Sebelum menjejakkan kaki ke pondok pasir tumbuh…

Aku dan sahabat2 menetap buat seketika di rumah pakcik dan makcik yang sangat kaya dengan teruna-teruna yang bakal menggegar dunia suatu hari nanti..InsyaAllah..:)
layanan dan kasih sayang yang diberikan kepada kami mencerminkan serpihan peribadi yang sangat tinggi dengan dengan nilai-nilai keislaman..

terima kasih pakcik dan makcik..:)


Kehidupan seharian dipondok amat mengasyikkan..Pelbagai perkara-perkara yang tidak pernah kami alami terdapat di sana…hampir setiap minit kami mempelajari sesuatu yang baru…pemahaman ilmu yang begitu tinggi membuatkan aku terkadang menjadi terasing  berbanding sahabat-sahabat yang lain.. mereka begitu berdisiplin dalam mempelajari ilmu. Suasana pembelajaran di sana sememangnya tidak sama dengan apa yang aku lalui dalam mencapai segulung diploma di politeknik merlimau…penghormatan yang diberikan terhadapat seorang insan yang bergelar guru di pondok membuatkan aku menjadi sedikit tersentuh dengan keadaan disana..

Tidak sama dengan apa yang ada sekarang ini dimana guru tidak begitu dihormati dan terkadang dipandang sepi oleh anak muridnya…

Apa yang menyebabkan aku menjadi semakin teruja apabila kami bersama-sama solat berjemaah  sebelum memulakan pengajian berimamkan guru yang akan mengajar pada ketika itu…
terasa begitu bernilai dan manisnya ilmu yang diperolehi apabila belajar di dalam suasana sebegitu..

       Tidak dapat juga aku nafikan..dengan suasana yang amat menitik beratkan ciri-ciri keislaman..kami mula menjinakkan diri dengan melakukan pelbagai perkara-perkara sunnat yang sememangnya memerlukan kekuatan rohani untuk melakukannya…jubbah..berserban..melakukan solat-solat sunat  merupakan perkara yang sering kami lakukan…

kupanjatkan doa dan pengharapan kepadaMu ya Rabb…

yaAllah..

Berilah kami kekuatan untuk terus melaksanakannya di mana tempat kami berada sekarang ini…
Kami juga banyak menghabiskan masa di dalam masjid berbanding di rumah tumpangan..keadaan yang tidak mengizikkan ditambah dengan cuaca yang sedikit terik di sana menyebabkan kami lebih memilih masjid sebagai tumpuan utama..

Kebersamaan kami berempat di dalam merangkak mencari pengertian kehidupan ini terkadang menjadi bualan juga di kalangan sesiapa yang memandang..

Kamu berempat ni dah macam kembar saya tengok!!….tegas pakcik penjual minyak wangi di hadapan masjid..
kami memandang tepat kearah pakcik dan hanya mampu tersenyum dengan luahan kata yang mungkin telah lama dipendamnya..

Jika diperhitungkan juga..tidak ada salahnya kata-kata pakcik yang setia dengan minyak wanginya itu..
manakan tidak..hampir 24 jam kami menghabiskan masa bersama-sama ketika berada di pondok itu..
mungkin ketika berada di tandas sahaja rasanya kami dipisahkan..begitulah  keakrapan  kami pada ketika itu..

Pertemuan dengan beberapa ustaz disana membuatkan kami sangat mengaguminya.. mereka memberikan tunjuk ajar tanpa meminta imbalan ataupun gaji daripada penuntutnya..
jika difikir secara logik akal mereka tidak akan mampu untuk menyara kehidupan diri mahupun keluarga..tetapi dengan keihklasan dan kebergantungan yang tinggi hanya pada Allah menyebabkan mereka masih lagi disana..

Dan disitu aku mula sedari yang rezeki ini bukan lah urusan manusia untuk menentukannya..yang penting kita berusaha dan berdoa kepadanya..

Kesungguhan ustaz-ustaaz di sana memberi tunjuk ajar sangat memberikan gelombang yang positif kepada kami..mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mengajar sesuatu ditambah pula dengan pelbagai cerita pengalaman yang boleh dijadikan intipati berguna kepada kehidupan kami seharian..
Semoga Allah membalas segala pengorbanan para-para pejuang di sana…

Walaupun pertemuan aku dengan pondok itu tidak begitu panjang…tetapi rasa rindu ini akan ku simpan sehingga Allah mempertemukan kita semula..insyaAllah…

Begitulah serba sedikir coretan kenangan yang telah aku nukilkan di pondok itu yang InsyaAllah akan menjadi peringatan untuk dirku sendiri sebagai seorang hamba yang sedang belayar dalam mencari keredhaan sang pencipta Nya…

Ya Allah…

Sememangnya hanya dengan mengingatiMU hati ku ini menjadi tenang….

Ya Allah…
Tidak tergambar betapa banyaknya dosa yang aku lakukan disetiap hari, disetiap jam malahan disetiap minit di muka bumi ALLAH ini.. jika diperincikan dosa dek penglihatan sahaja tidak memungkinkan untuk aku berada di syurgaMu.. L “Ya Allah…sesungguhnya hambamu ini fakir dengan segala kesenangan yang engkau berikan”.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 12 October 2012

Untuk apa kita bertemu….


                                                     

Suasana malam di merlimau sangat mengasyikkan tak kala mendengar coretan suara yang menghiburkan oleh dua jejaka idaman Malaya. Keceriaan  terpancar di setiap wajah  kami apabila mengalunkan bait-bait kata yang sememangnya  tidak  langsung berkisarkan pembelajaran.
Kesebukkan di hujung perjalanan dalam  mengecapi  segulung diploma sememangnya memberikan  tamparan  yang memuncak    terhadap pembelajaran  tak  kala diri  ligat dalam merencanakan aktivi dakwah di politeknik merlimau.
Percikan pengorbanan jelas terpancar di wajah  setiap kami especially kepada amir pusat islam  yang saban  hari terus menerus merencanakan sesuatu  yang bernilai sifatnya. Sememangnya perjuangan memerlukan setitis pengorbanan  yang  kadangkala  memberikan impak yang sangat mendalam  terhadap emosi setiap   daripada kami.
Ada kalanya  kami menjadi sangat sensitif seperti dahan semalu yg kembang mekar di pinggiran pantai..Dan  adakalanya kami menjadi seperti singa gila yang dahagakan makanan dalam           mencorakkan pembaharuan.
Terlalu banyak ukiran kenangan yang tercipta antara kami sejak mula bertentang mata. 
Manakan tidak….sejak dari semester kedua lagi  kami telah  menyulam  keakrapan yang semakin hari semakin menebal sehingga terbinanya satu  binaan yang utuh di dalam  bersahabat. Entah mana silapnya, lagak kami seperti ibu mengandung yang keciciran anaknya apabila dipisahkan.
Yang indahnya  apabila  kami bersama-sama mengukir nama  selaku penggerak di medan dakwah yang kebanyakan daripada anak muda dewasa ini mula melupakannya.
 Walaupun dihujani dengan pelbagai tipu daya nafsu diatas keterbatasan ilmu yang dimiliki, tetapi kami mula melangkah  memberanikan diri menempuh ombak  keremajaan  demi mengejar ketenangan yang abadi.
Masih lagi aku teringat sewaktu sedang menjalani latihan industri yang sangat menuntut kesabaran  mental dan fizikal itu.
Saban malam  diriku  ini dihujani dengan sms dan panggilan    telefon   semata-mata dalam  mencari konklusi kemanakah halatuju kami selepas berakhinya latihan tersebut.
Akhirnya, dengan  jiwa muda yang sering dahagakan  perubahan. Kami telah memilih untuk beradu jiwa keremajaan dengan   menjadi penghuni di teratak bujang yang sememangnya mempunyai nostalgianya  tersendiri.
Tak kala  meniti hari- hari yang penuh  keselesaan  dan  kegirangan  sewaktu berada di teratak bujang.  Rupanya  kami alpa kepada  serikandi-serikandi  seperjuangan yang masih lagi memegang panji  dakwah  di pusat islam.. Walaupun pada raut wajah mereka  terbitnya sinar ketenangan tetapi secara jujurnya mereka  telah bertongkat ketika berjalan lantaran  patahnya kaki diatas penghijrahan kami ke teratak bujang.
Ribuan penghormatan kepada mereka di atas usaha yang tiada tolok bandingnya walaupun  kadang kalanya  keterpaksaan  mendahului niat yang murni itu.  Pastinya srikandi  akan tersenyum  lantaran mengetahui dirinya yang sedang dikhabarkan.
Semoga Allah yang akan membalas  segala pengorbanan mereka..



Alhamdulillah…….
Pengakhiran kehidupan di politeknik merlimau ini sememangnya menjanjikan serpihan kenangan yang tiada taranya..
Sememangnya kehidupan disini memberikan alunan perubahan yang tidak pernah aku  lalui….
Pertemuan yang mengasyikkan ini seolah-olah  memberikan  hamparan yang indah untuk terus dan terus di dalam berjuang.
Ditambah pula dengan kehadiran pejuang- pejuang baru yang sememangnya memberikan  impak yang sangat  hebat di dalam lipatan sejarah pusat islam..
Kadang kala terdetik juga rasa cemas apabila berhadapan dengan mereka ini.
Secara jujurnya.. kami di barisan tua ini pada mulanya banyak berbicara mengenai kehadiran perjuang-pejuang muda yang rata-ratanya  mempunyai kehebatan yang tersendiri..
Kegusaran mengenai penerimaan sikap gila kami dikalangan pejuang muda menjadi topik hangat pada ketika itu.
Maklum sajalah…semangat  muda yang sentiasa mengalir di dalam jiwa menyebabkan kami menjadi sedikit unik di kalangan yang lain. Keinginan  untuk terus  mencuba sesuatu yang baru sifatnya  sememangnya memberikan impak yang besar terhadapat diri.
          Kami tidak mahu digelar budak surau yang hanya meletakkan surau sebagai destinasinya..
Tetapi kami mahu menjadi seorang rijal gagah yang  mampu melakukan apa sahaja dalam melayari ombak kedewasaan masa kini.. Sememangnya islam telah memberikan kita jalan yang utuh di dalam melakukan sesuatu..
Ingin menjadikan sekretariat pusat islam ini satu badan yang  mampu untuk melakukan apa sahaja yang berkaitan dengan kehendak remaja dan pada masa yang sama mampu menyerapkan unsur- unsur dakwah di dalamnya adalah matlamat kami permulaannya..
Perjuangan di dalam  medan dakwah di polteknik merlimau ini sememangnya memberikan tamparan yang hebat terhadap perlbagai perkara…
Hal yang sentiasa menjadi perbualan hangat diantara aku dan rakan-rakan yang lain adalah  pembahagian waktu belajar  yang    sememangnya menjadi duri dalam daging terhadap kami semua.
Disaat rakan-rakan sekelas yang lain asyik disajikan dengan   keseronokan  dunia.. Aku  dan rakan-rakan seperjuangan pula sebuk memeningkan kepala dengan urusan akhirat.. 
Disaat pelajar sebuk menyiapkan skrip harinya...Kami pula sebuk  menyiapkan skrip untuk kepentingan bersama.. Sudah  menjadi kebiasaanya seorang pemimpin melakukan  pengorbanan terhadap kepimpinannya.
          Sememangnya dengan pengorbananlah memberikan  kemanisan di dalam setiap perkara  yang dilakukan…
InsyaAllah…yakin dan percayalah saudaraku….Segala pengorbanan yang dilakukan pasti ada habuan yang menanti..
Semester akhir ini sememangnya menjanjikan pelbagai aktiviti yang memberikan impak yang sangat hebat terhadap kami semua.
Bersyukurnya kepada ilahi kerana telah mengurniakan pemimpin-pemimpim yang mempunyai jalinan hati yang jarang-jarang berlaku di dalam sejarah ketemadunan pemimpin  di politeknik merlimau ini.
          Masih segar lagi diingatan aku sewaktu kami menganjurkan “Tamrin Qiadi” yang mana kami telah diberikan kepercayaan yang luar biasa untuk mengendalikan secara total penganjurannya.
Yang terasa manisnya apabila aku dan dua orang rakan seperjuangan  mula merencanakan sesuatu yang barang kali boleh memberikan impak yang negatif kepada kehidupan kami seharian.


Dengan bermodalkan kain kapan putih yang disembunyikan..
 Akhirnya kami mampu untuk menghidupkan malam- malam yang damai dengan  percikan kemarahan yang membuak-buak.
Manakan tidak..
Dicampur dengan kepenatan menguruskan aktiviti peserta… Tiba-tiba di dalam keadaan yang tidak berdosa diri dimaki seolah-olah tiada ertinya hidup didunia  bak dedaunan kering yang gugur kebumi.
Tuding- menyuding diantara kami membuatkan suasana pada malam  itu sukar digambarkan dengan kata-kata..
seandainya diberi peluang untuk melakonkan semula watak tersebut belum tentu  rasanya kami mampu  melakukannya.
Pada malam itu  jugalah..ramai yang mula mengeluarkan ngauman- ngauman yang tidak mungkin terkeluar di hari kebiasanya..
 Rupanya ramai dikalangan  kita yang mempunyai senjata yang berbisa yang hanya akan digunakan pada waktu-waktu tertentu sahaja.
Mungkin itulah moment yang akan diingati kepada sesiapa yang terlibat.
Apabila  lahirnya program- program sebegini menjadikan hubungan antara kami semakin hari semakin indah..Pejuang-pejuang muda mula menunjukkan keserasian dan penerimaan yang mampu memberikan kami tersenyum  lebar..
Rupanya tidak lah terlalu  jauh bezanya antara golongan tua dan pejuang muda ini..Mungkin pertemuan pada permulaannya belum mampu mencerminkan  peribadi  setiap daripada mereka..
Sememangnya setiap daripada mereka mempunyai kerenah dan telatahnya tersendiri yang kadang kala mampu menghiburkan hati yang lara.
Mungkin ada dikalangan pejuang muda yang tidak menyedari sesungguhnya golongan-golongan tua ni kerap membincangkan tentang perkembangan  mereka ini.
Pelbagai perkara kadang-kadang ditimbulkan dalam mencari konklusi permasalah yang ada...
Walaupun selalunya gelak ketawa yang melebihi sesuatu isu..tetapi rasa tanggung jawab terhadap pejuang muda tetap diperincikan.
Tidak salah rasanya kalau aku  menyatakan yang setiap golongan tua ini mampu untuk menterjemakhan bait-bait kata tentang peribadi setiap pejuang muda..
Masih segar lagi diingatan  tak kala  pihak  kamsis mengadakan festival yang memerlukan kami berjuang untuk memberikan sesuatu perspektif yang berbeza terhadap bidang perniagaan.


Dengan berbekalkan  husnuzon dan sedikit modal…
Kami terus melangkah  melewati pelbagai dugaan dan cabaran  dalam menempuh kehidupan sebenar seorang pejuang.
Dadih….aiskrim dan otak-otak  menjadi pertaruhan kami di dalam arena perniagaan yang menjanjikan jutaan kenikmatan.
Sememangnya kepuasan terpancar di  raut wajah setiap daripada kami tak kala melihat pelbagai juadah yang disajikan menemui jalan penamatnya.
Kepenatan yang memuncak hilang seketika apabila melihat telatah pejuang- pejuang muda yang begitu bersemangat dalam menyumbangkan  jasa masing-masing. Ada juga di kalangan pejuang muda yang  sedang asyik bermadu kasih antara satu dengan yang lain dengan menjadikan  ais batu sebagai komponen utama melahirkan rasa cinta mereka.

Senyuman semestinya terus terukir laksana kerdipan bintang  di malam hari pada lajnah ekonomi rentetan kejayaan yang dinikmati.
Tetapi bukan lah kejayaan semata-mata yang dicari. Pengalaman yang diimpikan menjadi ramuan sebenar dalam  mencipta intipati yang berguna kepada pejuang  muda yang  sememangnya dahagakan ilmu pengetahuan.
Tidak mustahil dimasa akan datang  mereka mampu memberikan sesuatu  pulangan yang lumayan  rentetan saratnya pengalaman yang diperolehi.

Disusuli pula dengan penganjuran festival ad-deen  yang menuntut  kudrat penat lelah seorang pejuang di dalam memberikan   sinar  keislaman di politeknik yang  sangat memberikan impak yang             bernilai kepada kami semua.
Apa yang  pastinya…penganjuran kali ini membuktikan yang mana pengalaman merupakan guru yang paling berharga di dalam mendidik pejuang  mengendalikan sesebuah festival yang bukan calang-calang penganjurannya.
Masih lagi terngiang-ngiang di telinga ku di saat mengepalai penganjuran festival ad-deen  sebelum  ini dimana  ustazah  telah  memberikan teguran  laksana  panahan petir  sabung menyabung di malam hari ketika  hujan turun yang sangat memberikan kesan  terhadap kehidupan  secara peribadinya.
Syukur Alhamdulillah.. Dengan  sedikit pengalaman yang ada dapatlah dicurahkan pada pejuang-pejuang yang baru dan sememangnya memberikan  hasil yang agak memuaskan tak kala  melihat penganjuran festival  ad-deen yang boleh disifatkan berjaya pada kali ini.
Ditambah pula dengan  kehadiran beberapa ikon remaja seperti sham kamikaze dan imam  muda nuri  yang sememangnya  mampu  memberikan  gelombang perubahan tersendiri  terhadap remaja pada ketika ini.insyaALLAH……..


Hari Ahad yang sangat indah memberikan seribu satu  kemanisan kepada sebahagian besar sekretariat pusat islam terutamanya muslimat tak kala di pertemukan dengan permainan  paintball.
Raut wajah  mereka kadang kala memberikan gambaran emosi yang tidak menentu lantaran mendengar dentuman senapang yang sangat memukau.
Langkah mereka terkadang terhenti-henti mengenangkan kesakitan peluru yang bakal mereka tempuhi dimana menjanjikan santapan sayuran kepada sesiapa yang merasanya.
Degupan jantung mula tidak menentu tak kala mendengar sahabat-sahabat marshall melaungkan semboyan pengistiharan peperangan.
Tembak-menembak terjadi diantara pejuang-pejuang dalam mempertahankan kota yang ternyata hanyalah  serpihan kain putih yang mulai kepudaran rupa.
 Tetapi dek matlamat dan maruah diri yang perlu dipertahankan..kedua-dua belah pihak berjuang bermati-matian umpama tiada hari untuk esok lagi.
Kelembutan dan kelemahan yang sering ditujukan pada golongan hawa sememangnya hilang sekelip mata tak kala melihat mereka seolah-olah seperti orang gila yang mengamuk di tengah-tengah kota        metropolitan.
Begitulah hakikat mereka pada ketika itu…
Dua ribu peluru yang telah dikorbankan seakan-akan  tidak mencukupi untuk menampung amukan yang terjadi pada pagi ahad yang berbahagia…….huhhhhhhhhhhhhhhhh………
Semoga dengan permainan ini mampu  memberikan  suntikan   adrenalin  kepada kita semua untuk terus mara menjadi muslim yang versatile .
Entahkan bila agaknya  dapat bermain paintball lagi dengan   mereka semua ini..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhjvsRiBg5eMOINhLAjtwOG6GIyiME1LO8xQAmag4YuAZ6cQ6tHdJ0PrEcuBgs9jy0OAnHl1BQkUDlVjrCEC0M0z57PNeAxh4QNweayCtv0nv0kXki-vd3S5-KJ1mp8z1-2qmVDm3y4Juc/s320/DSC_0138.JPG

Namunnnnnnn……………..
Kini segalanya seakan terhenti…                                         
Siang nan indah mula menghilangkan seri…
Wajah nan indah pula mula kepudaran rupa…
suasana sayu menyeliputi segenap pelusuk ruangan diri..
Nafas yang berdegup kencang mula memperlihatkan kepincangannya…

Rasanya baru semalam kita bersua….
bergurau senda di saat hujan mulai tiba…
menempuh badai kehidupan bersama-sama..

Tak kala malam membuta kan matanya…Aku duduk diam    disitu mengenangkan suatu perkara yang pasti dilalui semua umat di muka dunia…
Lantas aku bertanya sendiri di dalam lubuk hati yang paling  kudus…
Ya Allah Ya Tuhanku….
Adakah aku mampu hidup tanpa mereka disaat aku mula merangkak menuju ke arahMu…
Adakah aku mampu untuk berdakwah bersendirian setelah
Kehilangan mereka nanti….
Adakah aku mampu menemui pejuang-pejuang seperti mereka yang sanggup mengorbankan segalanya untuk kepentingan  bersama…


Ya Allah…
Adakah aku mampu menjadi muslim yang baik tanpa mereka disisi...
Huhhhhh….Seandainya diberi peluang untuk digantikan dirimu dengan bidadari nan indah wahai sahabatku…Tidak mungkin akan ku tukar ganti….
Seandainya wang ringgit yang menjadi tebusan perpisahan kita…sudah pasti akan ku usahakan sekeras-kerasnya untuk mendapatkan wang bagi membebaskanmu…
Masa silih berganti….
begitu juga kehidupan kita di muka bumi ini..
Hakikat akan berpaksi seperti hakikat…setiap yang bermula pastinya akan berakhir dan setiap pertemuan pastinya ada perpisahan yang menanti..

Saatnya telah tiba untuk kita semua saudaraku…
Usahlah kita gundah gulana memikirkan perpisahan yang nyata…  kerana dunia memerlukan pejuang-pejuang sepertii kita ini untuk memulihkan sakit yang lama dideritainya…
Ayuhhhhhh …………rapatkan kaki kita kejalan ilahi…
Semoga kita dipertemukan di syurga nan abadi…


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Ilham Yusrizal