Suasana malam di merlimau sangat mengasyikkan tak kala mendengar coretan suara yang menghiburkan oleh dua jejaka idaman Malaya. Keceriaan terpancar di setiap wajah kami apabila mengalunkan bait-bait kata yang sememangnya tidak langsung berkisarkan pembelajaran.
Kesebukkan di hujung perjalanan dalam mengecapi segulung diploma sememangnya memberikan tamparan yang memuncak terhadap pembelajaran tak kala diri ligat dalam merencanakan aktivi dakwah di politeknik merlimau.
Percikan pengorbanan jelas terpancar di wajah setiap kami especially kepada amir pusat islam yang saban hari terus menerus merencanakan sesuatu yang bernilai sifatnya. Sememangnya perjuangan memerlukan setitis pengorbanan yang kadangkala memberikan impak yang sangat mendalam terhadap emosi setiap daripada kami.
Ada kalanya kami menjadi sangat sensitif seperti dahan semalu yg kembang mekar di pinggiran pantai..Dan adakalanya kami menjadi seperti singa gila yang dahagakan makanan dalam mencorakkan pembaharuan.
Terlalu banyak ukiran kenangan yang tercipta antara kami sejak mula bertentang mata.
Manakan tidak….sejak dari semester kedua lagi kami telah menyulam keakrapan yang semakin hari semakin menebal sehingga terbinanya satu binaan yang utuh di dalam bersahabat. Entah mana silapnya, lagak kami seperti ibu mengandung yang keciciran anaknya apabila dipisahkan.
Yang indahnya apabila kami bersama-sama mengukir nama selaku penggerak di medan dakwah yang kebanyakan daripada anak muda dewasa ini mula melupakannya.
Walaupun dihujani dengan pelbagai tipu daya nafsu diatas keterbatasan ilmu yang dimiliki, tetapi kami mula melangkah memberanikan diri menempuh ombak keremajaan demi mengejar ketenangan yang abadi.
Masih lagi aku teringat sewaktu sedang menjalani latihan industri yang sangat menuntut kesabaran mental dan fizikal itu.
Saban malam diriku ini dihujani dengan sms dan panggilan telefon semata-mata dalam mencari konklusi kemanakah halatuju kami selepas berakhinya latihan tersebut.
Akhirnya, dengan jiwa muda yang sering dahagakan perubahan. Kami telah memilih untuk beradu jiwa keremajaan dengan menjadi penghuni di teratak bujang yang sememangnya mempunyai nostalgianya tersendiri.
Tak kala meniti hari- hari yang penuh keselesaan dan kegirangan sewaktu berada di teratak bujang. Rupanya kami alpa kepada serikandi-serikandi seperjuangan yang masih lagi memegang panji dakwah di pusat islam.. Walaupun pada raut wajah mereka terbitnya sinar ketenangan tetapi secara jujurnya mereka telah bertongkat ketika berjalan lantaran patahnya kaki diatas penghijrahan kami ke teratak bujang.
Ribuan penghormatan kepada mereka di atas usaha yang tiada tolok bandingnya walaupun kadang kalanya keterpaksaan mendahului niat yang murni itu. Pastinya srikandi akan tersenyum lantaran mengetahui dirinya yang sedang dikhabarkan.
Semoga Allah yang akan membalas segala pengorbanan mereka..
Alhamdulillah…….
Pengakhiran
kehidupan di politeknik merlimau ini sememangnya menjanjikan serpihan kenangan
yang tiada taranya..
Sememangnya
kehidupan disini memberikan alunan perubahan yang tidak pernah aku lalui….Pertemuan yang mengasyikkan ini seolah-olah memberikan hamparan yang indah untuk terus dan terus di dalam berjuang.
Ditambah pula dengan kehadiran pejuang- pejuang baru yang sememangnya memberikan impak yang sangat hebat di dalam lipatan sejarah pusat islam..
Kadang kala terdetik juga rasa cemas apabila berhadapan dengan mereka ini.
Secara jujurnya.. kami di barisan tua ini pada mulanya banyak berbicara mengenai kehadiran perjuang-pejuang muda yang rata-ratanya mempunyai kehebatan yang tersendiri..
Kegusaran mengenai penerimaan sikap gila kami dikalangan pejuang muda menjadi topik hangat pada ketika itu.
Maklum sajalah…semangat muda yang sentiasa mengalir di dalam jiwa menyebabkan kami menjadi sedikit unik di kalangan yang lain. Keinginan untuk terus mencuba sesuatu yang baru sifatnya sememangnya memberikan impak yang besar terhadapat diri.
Kami tidak mahu digelar budak surau yang hanya meletakkan surau sebagai
destinasinya..
Tetapi kami mahu
menjadi seorang rijal gagah yang mampu melakukan apa sahaja dalam
melayari ombak kedewasaan masa kini.. Sememangnya islam telah memberikan kita
jalan yang utuh di dalam melakukan sesuatu..Ingin menjadikan sekretariat pusat islam ini satu badan yang mampu untuk melakukan apa sahaja yang berkaitan dengan kehendak remaja dan pada masa yang sama mampu menyerapkan unsur- unsur dakwah di dalamnya adalah matlamat kami permulaannya..
Perjuangan di dalam medan dakwah di polteknik merlimau ini sememangnya memberikan tamparan yang hebat terhadap perlbagai perkara…
Hal yang sentiasa menjadi perbualan hangat diantara aku dan rakan-rakan yang lain adalah pembahagian waktu belajar yang sememangnya menjadi duri dalam daging terhadap kami semua.
Disaat rakan-rakan sekelas yang lain asyik disajikan dengan keseronokan dunia.. Aku dan rakan-rakan seperjuangan pula sebuk memeningkan kepala dengan urusan akhirat..
Disaat pelajar sebuk menyiapkan skrip harinya...Kami pula sebuk menyiapkan skrip untuk kepentingan bersama.. Sudah menjadi kebiasaanya seorang pemimpin melakukan pengorbanan terhadap kepimpinannya.
Sememangnya dengan pengorbananlah memberikan kemanisan di dalam setiap
perkara yang dilakukan…
InsyaAllah…yakin
dan percayalah saudaraku….Segala pengorbanan yang dilakukan pasti ada habuan
yang menanti..
Semester akhir ini
sememangnya menjanjikan pelbagai aktiviti yang memberikan impak yang sangat
hebat terhadap kami semua.Bersyukurnya kepada ilahi kerana telah mengurniakan pemimpin-pemimpim yang mempunyai jalinan hati yang jarang-jarang berlaku di dalam sejarah ketemadunan pemimpin di politeknik merlimau ini.
Masih segar lagi diingatan aku sewaktu kami menganjurkan “Tamrin Qiadi” yang
mana kami telah diberikan kepercayaan yang luar biasa untuk mengendalikan
secara total penganjurannya.
Yang terasa manisnya
apabila aku dan dua orang rakan seperjuangan mula merencanakan sesuatu
yang barang kali boleh memberikan impak yang negatif kepada kehidupan kami
seharian.Dengan bermodalkan kain kapan putih yang disembunyikan..
Akhirnya kami mampu untuk menghidupkan malam- malam yang damai dengan percikan kemarahan yang membuak-buak.
Manakan tidak..
Dicampur dengan kepenatan menguruskan aktiviti peserta… Tiba-tiba di dalam keadaan yang tidak berdosa diri dimaki seolah-olah tiada ertinya hidup didunia bak dedaunan kering yang gugur kebumi.
Tuding- menyuding diantara kami membuatkan suasana pada malam itu sukar digambarkan dengan kata-kata..
seandainya diberi peluang untuk melakonkan semula watak tersebut belum tentu rasanya kami mampu melakukannya.
Pada malam itu jugalah..ramai yang mula mengeluarkan ngauman- ngauman yang tidak mungkin terkeluar di hari kebiasanya..
Rupanya ramai dikalangan kita yang mempunyai senjata yang berbisa yang hanya akan digunakan pada waktu-waktu tertentu sahaja.
Mungkin itulah moment yang akan diingati kepada sesiapa yang terlibat.
Apabila lahirnya program- program sebegini menjadikan hubungan antara kami semakin hari semakin indah..Pejuang-pejuang muda mula menunjukkan keserasian dan penerimaan yang mampu memberikan kami tersenyum lebar..
Rupanya tidak lah terlalu jauh bezanya antara golongan tua dan pejuang muda ini..Mungkin pertemuan pada permulaannya belum mampu mencerminkan peribadi setiap daripada mereka..
Sememangnya setiap daripada mereka mempunyai kerenah dan telatahnya tersendiri yang kadang kala mampu menghiburkan hati yang lara.
Mungkin ada dikalangan pejuang muda yang tidak menyedari sesungguhnya golongan-golongan tua ni kerap membincangkan tentang perkembangan mereka ini.
Pelbagai perkara kadang-kadang ditimbulkan dalam mencari konklusi permasalah yang ada...
Walaupun selalunya gelak ketawa yang melebihi sesuatu isu..tetapi rasa tanggung jawab terhadap pejuang muda tetap diperincikan.
Tidak salah rasanya kalau aku menyatakan yang setiap golongan tua ini mampu untuk menterjemakhan bait-bait kata tentang peribadi setiap pejuang muda..
Masih segar lagi diingatan tak kala pihak kamsis mengadakan festival yang memerlukan kami berjuang untuk memberikan sesuatu perspektif yang berbeza terhadap bidang perniagaan.
Dengan berbekalkan husnuzon dan sedikit modal…
Kami terus melangkah melewati pelbagai dugaan dan cabaran dalam menempuh kehidupan sebenar seorang pejuang.
Dadih….aiskrim dan otak-otak menjadi pertaruhan kami di dalam arena perniagaan yang menjanjikan jutaan kenikmatan.
Sememangnya kepuasan terpancar di raut wajah setiap daripada kami tak kala melihat pelbagai juadah yang disajikan menemui jalan penamatnya.
Kepenatan yang memuncak hilang seketika apabila melihat telatah pejuang- pejuang muda yang begitu bersemangat dalam menyumbangkan jasa masing-masing. Ada juga di kalangan pejuang muda yang sedang asyik bermadu kasih antara satu dengan yang lain dengan menjadikan ais batu sebagai komponen utama melahirkan rasa cinta mereka.
Senyuman semestinya terus terukir laksana kerdipan bintang di malam hari pada lajnah ekonomi rentetan kejayaan yang dinikmati.
Tetapi bukan lah kejayaan semata-mata yang dicari. Pengalaman yang diimpikan menjadi ramuan sebenar dalam mencipta intipati yang berguna kepada pejuang muda yang sememangnya dahagakan ilmu pengetahuan.
Tidak mustahil dimasa akan datang mereka mampu memberikan sesuatu pulangan yang lumayan rentetan saratnya pengalaman yang diperolehi.
Disusuli pula dengan penganjuran festival ad-deen yang menuntut kudrat penat lelah seorang pejuang di dalam memberikan sinar keislaman di politeknik yang sangat memberikan impak yang bernilai kepada kami semua.
Apa yang pastinya…penganjuran kali ini membuktikan yang mana pengalaman merupakan guru yang paling berharga di dalam mendidik pejuang mengendalikan sesebuah festival yang bukan calang-calang penganjurannya.
Masih lagi terngiang-ngiang di telinga ku di saat mengepalai penganjuran festival ad-deen sebelum ini dimana ustazah telah memberikan teguran laksana panahan petir sabung menyabung di malam hari ketika hujan turun yang sangat memberikan kesan terhadap kehidupan secara peribadinya.
Syukur Alhamdulillah.. Dengan sedikit pengalaman yang ada dapatlah dicurahkan pada pejuang-pejuang yang baru dan sememangnya memberikan hasil yang agak memuaskan tak kala melihat penganjuran festival ad-deen yang boleh disifatkan berjaya pada kali ini.
Ditambah pula dengan kehadiran beberapa ikon remaja seperti sham kamikaze dan imam muda nuri yang sememangnya mampu memberikan gelombang perubahan tersendiri terhadap remaja pada ketika ini.insyaALLAH……..
Raut wajah mereka kadang kala memberikan gambaran emosi yang tidak menentu lantaran mendengar dentuman senapang yang sangat memukau.
Langkah mereka terkadang terhenti-henti mengenangkan kesakitan peluru yang bakal mereka tempuhi dimana menjanjikan santapan sayuran kepada sesiapa yang merasanya.
Degupan jantung mula tidak menentu tak kala mendengar sahabat-sahabat marshall melaungkan semboyan pengistiharan peperangan.
Tembak-menembak terjadi diantara pejuang-pejuang dalam mempertahankan kota yang ternyata hanyalah serpihan kain putih yang mulai kepudaran rupa.
Tetapi dek matlamat dan maruah diri yang perlu dipertahankan..kedua-dua belah pihak berjuang bermati-matian umpama tiada hari untuk esok lagi.
Kelembutan dan kelemahan yang sering ditujukan pada golongan hawa sememangnya hilang sekelip mata tak kala melihat mereka seolah-olah seperti orang gila yang mengamuk di tengah-tengah kota metropolitan.
Begitulah hakikat mereka pada ketika itu…
Dua ribu peluru yang telah dikorbankan seakan-akan tidak mencukupi untuk menampung amukan yang terjadi pada pagi ahad yang berbahagia…….huhhhhhhhhhhhhhhhh………
Semoga dengan permainan ini mampu memberikan suntikan adrenalin kepada kita semua untuk terus mara menjadi muslim yang versatile .
Entahkan bila agaknya dapat bermain paintball lagi dengan mereka semua ini..
Namunnnnnnn……………..
Kini
segalanya seakan
terhenti…
Siang
nan indah mula menghilangkan seri…
Wajah
nan indah pula mula kepudaran rupa…
suasana
sayu menyeliputi segenap pelusuk ruangan diri..
Nafas
yang berdegup kencang mula memperlihatkan kepincangannya…
Rasanya
baru semalam kita bersua….
bergurau
senda di saat hujan mulai tiba…
menempuh
badai kehidupan bersama-sama..
Tak kala malam membuta kan matanya…Aku duduk diam disitu mengenangkan suatu perkara yang pasti dilalui semua umat di muka dunia…
Lantas aku bertanya sendiri di dalam lubuk hati yang paling kudus…
Ya Allah Ya Tuhanku….
Adakah aku mampu hidup tanpa mereka disaat aku mula merangkak menuju ke arahMu…
Adakah aku mampu untuk berdakwah bersendirian setelah
Kehilangan
mereka nanti….
Adakah aku mampu
menemui pejuang-pejuang seperti mereka yang sanggup mengorbankan segalanya
untuk kepentingan bersama…Adakah aku mampu menjadi muslim yang baik tanpa mereka disisi...
Huhhhhh….Seandainya diberi peluang untuk digantikan dirimu dengan bidadari nan indah wahai sahabatku…Tidak mungkin akan ku tukar ganti….
Seandainya wang ringgit yang menjadi tebusan perpisahan kita…sudah pasti akan ku usahakan sekeras-kerasnya untuk mendapatkan wang bagi membebaskanmu…
Masa silih berganti….
begitu
juga kehidupan kita di muka bumi ini..
Hakikat akan
berpaksi seperti hakikat…setiap yang bermula pastinya akan berakhir dan setiap
pertemuan pastinya ada perpisahan yang menanti..Saatnya telah tiba untuk kita semua saudaraku…
Usahlah
kita gundah gulana memikirkan perpisahan yang nyata… kerana dunia
memerlukan pejuang-pejuang sepertii kita ini untuk memulihkan sakit yang lama
dideritainya…
Ayuhhhhhh
…………rapatkan kaki kita kejalan ilahi…
Semoga
kita dipertemukan di syurga nan abadi…
0 comments:
Post a Comment