Ilham Yusrizal Ilham Yusrizal: Aku Rindukan Desiran Angin Disana……….
YA ALLAH..PERMUDAHKANLAH UNTUK KAMI URUSAN KAMI...

Friday, 19 October 2012

Aku Rindukan Desiran Angin Disana……….


2 Bulan hampir berlalu…tetapi hembusan ketenangan yang sangat mengasyikkan di pondok itu membuatkan aku mula menjadi rindu…

PONDOK PASIR TUMBUH  seindah namamu..itulah ungkapan yang sering terngiang-ngiang dibenakku..Seringkali andaian demi andaian terukir di kotak pemikiran ini lantas hatiku bertanya…

Adakah diri yang lemah lagi kerdil ini layak untuk ditempatkan ditempat sehebat itu??
ataupun
Adakah pertemuan ini hanyalah  serpihan kenangan yang boleh dicampak begitu sahaja yang hanya memenuhi kelapangan masa yang ada??

Setelah bertadabbur dan mengerahkan potensi akal yang sememangnya tidak ada tolok bandingnya..
Akhirnya aku mula mengerti mengapa dan mengapa ianya terjadi…

Tidak Allah ciptakan sesuatu itu dengan sia-sia..

SUBHANALLAH..

Ternyata diriku ini masih lagi diberi peluang dan hidayah untuk terus dekat bersamaNYA…terlalu banyak cabaran yang mendatang ketika kaki hendak mula  melangkahkan diri keluar daripada gerbang keselesaan..

Disini memanggil..disana menjenguk…dan akhirnya hati ini tetap keras untuk terus melangkah ke daerah che siti wan kembang itu..

Alhamdulillah…bersyukur juga ada sahabat yang begitu mengambil berat tentang diri ini yang terus dan terus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi di saat diri ini di puncak kebahagiaan mahupun terjerumus kekancah kehinaan..

Pelbagai persoalan yang sering menjadi kayu ukur di dalam mencari solusi sebelum menjejakkan kaki di pondok itu.
 
Ada sebahagian yang menyokong penuh pemergian diri ini kesana..
Dan
Ada juga yang melontarkan pandangan yang berbeza dengan menolak secara terus pembelajaran yang diajar disana disebabkan keraguan terhadap kesahihan  sumber-sumber yang ada pada kitab-kitab kuning yang digunapakai sebagai modul pembelajaran…

Tetapi bagi diri yang lemah ini rasenye tidak ada salahnya untuk kita sebagai gen-y ini yang yang dianggap mempunyai daya fikir yang jauh kehadapan mencuba untuk menyelami kehidupan di pondok..
Mungkin sekadar alunan cerita tidak begitu konkrit untuk kita mengiyakan pandangan seseorang melainkan kita sendiri yang menyelami dan merenangi sesebuah lautan itu..

          Rasenya dalam agama sendiri tidak menggalakkan umatnya bertaklik secara buta ataupun mengikut sahaja secara semberono tanpa membuat penelitian apa yang diperkatakan oleh seseorang hatta ianya ulama,ustad,guru, dan sebagainya..kerana mereka juga merupakan manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan..

          Mungkin solusi bagi permasalah ini adalah dengan mengambil sebanyak mungkin kebaikan yang ada dan mula menepis segala kekurangan dengan cara yang paling berhikmah..
 dengan hikmah kita meneroka..

insyaALLAH..:)

Suasananya di pondok  yang begitu memperincikan ketemadunan syariat islamiah menyebabkan pondok ini menjadi begitu bernilai sifatnya. Keadaan yang begitu sederhana menyebabkaan jiwa yang sentiasa memberontak menginginkan segala kemodenan mula mengendurkan langkahnya..

Tidak juga aku nafikan ramai yang  tersengih-sengih dengan kerutan yang begitu menjengkelkan apabila aku mula menceritakan perihal pondok yang begitu bertentangan dengan apa yang dihidangkan oleh yahudi kepada mereka ketika ini.

Tidak aku hirau omongan-omongan  kosong  yang mereka alunkan..Bukanlah  REDHA manusia yang diharapkan di dalam pelayaran ini…

APALAH YANG ADA PADA KITARAN HIDUP YANG SEMENTARA INI..melainkan berusaha  untuk menempahkan tiket ke slot yang selese di penghujung perjalanan nanti..

InsyaALLAH..doa yang akan ku kirimkan buat sahabat yang sebenarnya tidak termaksud untuk berdendang sebegitu melainkan sedikit kejahilan yang mengiringi mereka…


Ya Allah…
Belum pernah aku lalui luakan ketenangan yang menggunung sehebat  ini…Walaupun kehidupan di sana serba serbi kekurangan..tetapi dek keberkatan para pejuang-pejuang umat.. Segalanya seakan diredhadai olehNYA..

Air periginya yang sangat menyegarkan itu mengingatkan aku telatah-telatah manja sahabat seperjuangan yang sama-sama merangkak mencari pengertian hidup di bumi ALLAH ini..

Manakan tidaknya..lontaran gelak ketawa kamilah  yang sering memecah kebuntuan persekitaran yang aman sentosa di pondok itu..

senyuman yang sentiasa terukir di wajah Mustafa dan sifatnya seakan-akan straw yang lurus itu menyebabkan kami tidak putus-putus untuk mengulit kenangan bersamanya …

Malam yang sunyi kadangkala begitu nostalgia bagi kami lantaran mendengar alunan qhasidah di asrama Selangor..

Ohhh…

Tidak dapat digambarkan betapa rindunya aku untuk mengalunkan qhasidah Ya Badrotim bersama pejuang2 disana..jika di KL aku menghabiskan sisa malam-malam dengan keseronokan yang hanya memakan diri..tetapi di sana aku disajikan degan santapan-santapan yang membuatkan hati menjadi  kenyang…
Ya Allah..berilah aku kekuatan di dalam mengharungi kehidupan dunia yang kelaparan ini
tak kala kekuatan iman terkadang mampu berdiri dan terkadang hanya mampu merangkak..

Kenangan di pondok sangat indah apabila dikenangkan secara naluri..

Sebelum menjejakkan kaki ke pondok pasir tumbuh…

Aku dan sahabat2 menetap buat seketika di rumah pakcik dan makcik yang sangat kaya dengan teruna-teruna yang bakal menggegar dunia suatu hari nanti..InsyaAllah..:)
layanan dan kasih sayang yang diberikan kepada kami mencerminkan serpihan peribadi yang sangat tinggi dengan dengan nilai-nilai keislaman..

terima kasih pakcik dan makcik..:)


Kehidupan seharian dipondok amat mengasyikkan..Pelbagai perkara-perkara yang tidak pernah kami alami terdapat di sana…hampir setiap minit kami mempelajari sesuatu yang baru…pemahaman ilmu yang begitu tinggi membuatkan aku terkadang menjadi terasing  berbanding sahabat-sahabat yang lain.. mereka begitu berdisiplin dalam mempelajari ilmu. Suasana pembelajaran di sana sememangnya tidak sama dengan apa yang aku lalui dalam mencapai segulung diploma di politeknik merlimau…penghormatan yang diberikan terhadapat seorang insan yang bergelar guru di pondok membuatkan aku menjadi sedikit tersentuh dengan keadaan disana..

Tidak sama dengan apa yang ada sekarang ini dimana guru tidak begitu dihormati dan terkadang dipandang sepi oleh anak muridnya…

Apa yang menyebabkan aku menjadi semakin teruja apabila kami bersama-sama solat berjemaah  sebelum memulakan pengajian berimamkan guru yang akan mengajar pada ketika itu…
terasa begitu bernilai dan manisnya ilmu yang diperolehi apabila belajar di dalam suasana sebegitu..

       Tidak dapat juga aku nafikan..dengan suasana yang amat menitik beratkan ciri-ciri keislaman..kami mula menjinakkan diri dengan melakukan pelbagai perkara-perkara sunnat yang sememangnya memerlukan kekuatan rohani untuk melakukannya…jubbah..berserban..melakukan solat-solat sunat  merupakan perkara yang sering kami lakukan…

kupanjatkan doa dan pengharapan kepadaMu ya Rabb…

yaAllah..

Berilah kami kekuatan untuk terus melaksanakannya di mana tempat kami berada sekarang ini…
Kami juga banyak menghabiskan masa di dalam masjid berbanding di rumah tumpangan..keadaan yang tidak mengizikkan ditambah dengan cuaca yang sedikit terik di sana menyebabkan kami lebih memilih masjid sebagai tumpuan utama..

Kebersamaan kami berempat di dalam merangkak mencari pengertian kehidupan ini terkadang menjadi bualan juga di kalangan sesiapa yang memandang..

Kamu berempat ni dah macam kembar saya tengok!!….tegas pakcik penjual minyak wangi di hadapan masjid..
kami memandang tepat kearah pakcik dan hanya mampu tersenyum dengan luahan kata yang mungkin telah lama dipendamnya..

Jika diperhitungkan juga..tidak ada salahnya kata-kata pakcik yang setia dengan minyak wanginya itu..
manakan tidak..hampir 24 jam kami menghabiskan masa bersama-sama ketika berada di pondok itu..
mungkin ketika berada di tandas sahaja rasanya kami dipisahkan..begitulah  keakrapan  kami pada ketika itu..

Pertemuan dengan beberapa ustaz disana membuatkan kami sangat mengaguminya.. mereka memberikan tunjuk ajar tanpa meminta imbalan ataupun gaji daripada penuntutnya..
jika difikir secara logik akal mereka tidak akan mampu untuk menyara kehidupan diri mahupun keluarga..tetapi dengan keihklasan dan kebergantungan yang tinggi hanya pada Allah menyebabkan mereka masih lagi disana..

Dan disitu aku mula sedari yang rezeki ini bukan lah urusan manusia untuk menentukannya..yang penting kita berusaha dan berdoa kepadanya..

Kesungguhan ustaz-ustaaz di sana memberi tunjuk ajar sangat memberikan gelombang yang positif kepada kami..mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mengajar sesuatu ditambah pula dengan pelbagai cerita pengalaman yang boleh dijadikan intipati berguna kepada kehidupan kami seharian..
Semoga Allah membalas segala pengorbanan para-para pejuang di sana…

Walaupun pertemuan aku dengan pondok itu tidak begitu panjang…tetapi rasa rindu ini akan ku simpan sehingga Allah mempertemukan kita semula..insyaAllah…

Begitulah serba sedikir coretan kenangan yang telah aku nukilkan di pondok itu yang InsyaAllah akan menjadi peringatan untuk dirku sendiri sebagai seorang hamba yang sedang belayar dalam mencari keredhaan sang pencipta Nya…

Ya Allah…

Sememangnya hanya dengan mengingatiMU hati ku ini menjadi tenang….

Ya Allah…
Tidak tergambar betapa banyaknya dosa yang aku lakukan disetiap hari, disetiap jam malahan disetiap minit di muka bumi ALLAH ini.. jika diperincikan dosa dek penglihatan sahaja tidak memungkinkan untuk aku berada di syurgaMu.. L “Ya Allah…sesungguhnya hambamu ini fakir dengan segala kesenangan yang engkau berikan”.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

1 comments:

  1. salamun alaykum.. tahniah buat perjuang2 sekalian yang bisa menyentuh hati kecil ke salah sebuah taman2 syurga... sesungguhnya ia bukan suatu perkara mudah... namun, Allah yang menguatkan hamba2Nya.... tahniah...:)

    ReplyDelete

 
Copyright © . All Right Reserved by Ilham Yusrizal