Ilham Yusrizal Ilham Yusrizal: December 2012
YA ALLAH..PERMUDAHKANLAH UNTUK KAMI URUSAN KAMI...

Thursday 27 December 2012

Bersetuju untuk tidak bersetuju....



Ucaplah Alhamdulillah..syukur kita kepada Allah…Selawat keataas nabi…Muhammad ya rasullullah..lirik lagu  alhamdulillah daripada kumpulan raihan…mesti ada yang dah teringat pastu terus menyanyikannya..bguih2..:)

Alhamdulillah…

Hari jumaat yang mulia ini masih lagi diri diberikan kesempatan untuk menikmati segala keindahan yang berlegar di dunia sementara ini..

Di dalam kehidupan kita yang serba mencabar nie..terlalu banyak dugaan dan cabaran yang perlu dilalui sehinggakan kadang-kadang kita terlupa dengan insan yang berada disekeliling kita..

Kita lebih cenderung kepada mereka-mereka yang mempunyai kepentingan kepada diri kita dan mula tidak menghiraukan apa yang tidak bernilai di pandangan mata kita..
Perkara ini sebenarnya kerap berlaku kepada diri kita dan terkadang ianya berlaku seperti air yang mengalir tanpa kita sedari..

Tajuk ni sebenarnya agak berat untuk dibahaskan…

Tetapi..

Bila terfikir rasenye perlu juga dikongsikan bersama…(harap adelah skiwt saham akhirat)J

Bersetuju untuk tidak bersetuju??

Sesuatu perkataan yang agak unik bunyinya tetapi mempunyai makna yang mendalam sedalam ikan di lautan..

Di dalam kehidupan kita sekarang ni…terutamanya student or mahasiswa or penuntut dan banyak lge

Kita banyak dipengaruhi oleh pahaman-pahaman yang membuatkan kita menjadi cenderung terhadap sesuatu perkara…

Dan implikasinya kita sukar untuk menerima pandangan ataupun pendapat orang lain…

This is wrong sahabatku!!

kita perlu menukar mentaliti dan cara kita berfikir untuk menerima pandangan orang lain walaupun kita tidak menyokong pandangan tersebut…


dan kita juga perlu menghormati tahap keilmuan yang dimiliki oleh seseorang..
kita tidak boleh mengharap orang lain akan mengikuti pandangan dan memaksa mereka untuk memahami kita..

sebabnya setiap insan di lahirkan didunia ini mempunyai jalan ceritanya tersendiri..

ok…macam nie..

sye bage satu anologi yang bole kita digunapakai dan mudah difahami..

“terdapat 2 orang pelajar yang ingin pulang bercuti ke kuala lumpur dengan menaiki bas…

Secara kebetulan mereka menaiki bas yang sama cuma dibezakan oleh kedudukan pada tempat duduk..

Seorang ni duduk di sebelah kiri pemandu dan seorang lagi duduk disebelah kanan…

Setelah tiba di kuala lumpur…

Mereka ditanya oleh salah seorang pegawai yang ingin membuat kajian…

Pegawai tersebut bertanyakan mengenai pengalaman yang diperolehi sepanjang perjalanan menuju ke kuala lumpur…

Kedua-dua mereka menceritakan pengalaman yang mereka perolehi…

Dan ternyata kedua-dua mereka mempunyai pengalaman yang berbeza..

Yang sorang ni menceritakan pengalamannya melihat kereta2 mewah yang dilihat di arah bertentangan lebuh raya…

Yang seorang lagi menceritakan tentang pengalaman melihat gunung ganang yang tersergam indah di sebelah kiri lebuh raya..

Kan berbeza pengalaman mereka…??

Begitu juga lah kita sebagai seorang manusia..

Kita mempunyai perjalanan ataupun skrip kehidupan yang berbeza di antara satu dengan yang lain..

Disebabkan perkara tersebut jugalah membuatkan kita mempunyai tahap keilmuan yang berbeza-beza..

Jadinya kita perlu belajar menghormati pandangan orang lain walaupun kita rasekan yang pandangannya terkadang tidak benar…

So.. kita RESPECT la sedikit ye pandangan orang lain…




Andai perlukan teguran..tegurlah dengan cara yang paling berhikmah..

Dengan hikmah kita menegur..:)


Tibe-tibe teringat kata2 prof Muhaya…

Dye kata……

“Andai kita bergantung pada tiang..
tiang itu akan jatuh…
Andai kita bergantung pada dahan..
dahan itu akan patah…
Andai kita bergantung pada manusia…
manusia akan mati…
maka..
Bergantunglah pada yang tidak pernah mati…..inshaAllah…


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 23 December 2012

Puisi Kehidupan Ini........

Awan mendung yang mula berarak..
mampu memberi jutaan erti..
Disaat diri tercari-cari..
Erti sebenar kehidupan ini..

Masa...terus berlalu..
Terus berlari dengan laju..
Meninggal jauh bagi yang tahu..
tetapi engkau tetap disitu..
masih setia dibangku biru..
Merenung nasib diri yang kaku..
sampai bila kau harus begitu??
hanya menunggu tidak kau temu...

Engkau semakin dewasa..
mengenal dunia yang semakin tua..
tanpa bicara engkau berkata..
adakah itu yang dunia minta..

Keluarlah wahai hamba..
tunjukkan apa yang engkau ada..
agar dunia mula berbicara..
siapa dirimu yang sebenarnya..
Biar dunia tahu..
Engkau sebenarnya tidak begitu..
engkau punyai semangat yang jitu..
Demi mencari keredhaan Tuhanmu..

Bangun lah wahai diri..
sudah lama dunia menanti..
ilmu yang ada usah dilindungi...
jadikan diri banyak memberi..
Nescaya tuhan memberkati..



Tarikh; 22/12/2012
lokasi: perjalanan pulang ke kuala lumpur (di dalam bas)..:)



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 21 December 2012

UTHM di dihatiku..

Meski ku rapuh..dalam langkah.terkadang tak setia bersamamu..lalalla…

begitu lah lirik lagu yang di dendangkan oleh opick yang sangat memberikan sentuhan yang tersendiri buat diri ni…

bukannya hendak mengadu..tetapi hanya ingin meluahkan perasaan yang kadang-kadang boleh 
menghilangkan sedikit ketegangan yang ada di dalam pemikiran ini…

kehidupan di uthm sangat memberikan tamparan yang memuncak buat diri ni dan juga sahabat-sahabat yang lain..

andai di poli kami lah hero yang mampu menyinar menerangi alam  di tengah malam hari sewaktu hujan rengai-rengai…hehehe

tapi tidak di persada universiti.. cabaran yang menggunung tinggi dan persaingan yang begitu hebat membuatkan aku terdiam sejenak…

mcm ni ke susah degree??
 Mcm mane aku nak survive dkat u nie?? 
Mampu ke diri ni menjadi yang terbaik di antara yang terbaik??
Adakah usaha yang aku lakukan mencukupi sebagai seorang pelajar  degree…??

Terlalu banyak persoalan yang bermain diminda yang kadang kala kita alpa dengan tempat yang perlu kita bergantung…

Kita merasa lemah bila tak dpat menjawab test??

Kte rase down bila dah usaha tapi masih tak perform..

inshaAllah..

mungkin ini dugaan daripada sang pencitpa untuk melihat sejauh mana tahap keupayaan kita terhadap apa yang kita lakukan..

dan..

ramai di kalangan kita mula dekat dengan Allah apabila berlakunya kesusahan pada dirinya..

dengan kesusahan juga kadang kala menyebabkan insan duduk menangis di tengah malam yang hening semata-mata ingin menyelesaikan permasalahan yang dialami..

apabila kita melihat ujian dan cabaran ini dalam perspektif yang lain..

kta akan mendapati kehidupan ini sangatlah indah..

permasalahan mampu membuatkan dunia ini menjadi tersangat indah…

cube kita bayangnya seluruh umat di muka bumi ni tidak mempunyai masalah..

mesti bosan…sure!!

macam masakan juga..garam dan gula sebagai elemen tambahan yang membuatkan sesebuah makanan itu sedap lagi melazatkan..
begittu juga dengan kehidupan..

Jadinya lepas ini, kita kene mula merubah cara kita berfikir dan terus berusaha sedaya upaya yang kita mampu..

Sebab??

Sebab Allah tak melihat pada hasil yang kita dapat..tetapi Allah melihat bagaimana usaha kita untuk mendapatkanya..

Yang melihat hasil adalah manusia.
.
Adakah kita ingin mencari redha manusia ataupun berusaha ingin mencari redha yang maha esa..

Hidup kita ni memerlukan makanan dalaman dan luaran..
Makanan dalaman ni adalah hubungan kita denga yang maha esa..

Dan apabila hubungan kita dengan sang pencipta tinggi..
 kita tidak lagi memerlukan makanan luaran..

Ape tu makanan luaran ilham??

Urm..sendiri tulis..sendri jwb..hehe

Makanan luaran ni lebih kepada penghargaan, pujian, dan penghormatan manusia..
Tu yang boleh jadi stress seandainya makanan dalaman kita kurang..
Kita dok sebuk fikir apa yang orang akan katakanan pada kita..

Nanti ape orang cakap??
Malu lah..nanti diorang gelakkan aku plk??
Segan la nak pi masjid..nanti orang cakap aku budak surau plak??

Urm…

Kan stress hidup macam tu..
Lama-lama bole kene darah tinggi + kencing manis…
Hehe…

Zaman mula berubah..begitu juga kita sebagai seorang pelayar yang sedang belayar di lautan kehidupan..
Moga2 Allah mepermudahkan segala urusan kita di muka bumi Allah ini..:)

k..moga2 ada manfaat menulisan ni..

inshaAllahutaala…

Kata-kata inspiration:
 “kita mesti bebas daripada dua perkara yang membuatkan manusia tidak sempurna iaitu menyesal dengan perkara yang telah berlalu dan risau dengan perkara yang akan berlaku


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Ilham Yusrizal