Ilham Yusrizal Ilham Yusrizal: Bersetuju untuk tidak bersetuju....
YA ALLAH..PERMUDAHKANLAH UNTUK KAMI URUSAN KAMI...

Thursday 27 December 2012

Bersetuju untuk tidak bersetuju....



Ucaplah Alhamdulillah..syukur kita kepada Allah…Selawat keataas nabi…Muhammad ya rasullullah..lirik lagu  alhamdulillah daripada kumpulan raihan…mesti ada yang dah teringat pastu terus menyanyikannya..bguih2..:)

Alhamdulillah…

Hari jumaat yang mulia ini masih lagi diri diberikan kesempatan untuk menikmati segala keindahan yang berlegar di dunia sementara ini..

Di dalam kehidupan kita yang serba mencabar nie..terlalu banyak dugaan dan cabaran yang perlu dilalui sehinggakan kadang-kadang kita terlupa dengan insan yang berada disekeliling kita..

Kita lebih cenderung kepada mereka-mereka yang mempunyai kepentingan kepada diri kita dan mula tidak menghiraukan apa yang tidak bernilai di pandangan mata kita..
Perkara ini sebenarnya kerap berlaku kepada diri kita dan terkadang ianya berlaku seperti air yang mengalir tanpa kita sedari..

Tajuk ni sebenarnya agak berat untuk dibahaskan…

Tetapi..

Bila terfikir rasenye perlu juga dikongsikan bersama…(harap adelah skiwt saham akhirat)J

Bersetuju untuk tidak bersetuju??

Sesuatu perkataan yang agak unik bunyinya tetapi mempunyai makna yang mendalam sedalam ikan di lautan..

Di dalam kehidupan kita sekarang ni…terutamanya student or mahasiswa or penuntut dan banyak lge

Kita banyak dipengaruhi oleh pahaman-pahaman yang membuatkan kita menjadi cenderung terhadap sesuatu perkara…

Dan implikasinya kita sukar untuk menerima pandangan ataupun pendapat orang lain…

This is wrong sahabatku!!

kita perlu menukar mentaliti dan cara kita berfikir untuk menerima pandangan orang lain walaupun kita tidak menyokong pandangan tersebut…


dan kita juga perlu menghormati tahap keilmuan yang dimiliki oleh seseorang..
kita tidak boleh mengharap orang lain akan mengikuti pandangan dan memaksa mereka untuk memahami kita..

sebabnya setiap insan di lahirkan didunia ini mempunyai jalan ceritanya tersendiri..

ok…macam nie..

sye bage satu anologi yang bole kita digunapakai dan mudah difahami..

“terdapat 2 orang pelajar yang ingin pulang bercuti ke kuala lumpur dengan menaiki bas…

Secara kebetulan mereka menaiki bas yang sama cuma dibezakan oleh kedudukan pada tempat duduk..

Seorang ni duduk di sebelah kiri pemandu dan seorang lagi duduk disebelah kanan…

Setelah tiba di kuala lumpur…

Mereka ditanya oleh salah seorang pegawai yang ingin membuat kajian…

Pegawai tersebut bertanyakan mengenai pengalaman yang diperolehi sepanjang perjalanan menuju ke kuala lumpur…

Kedua-dua mereka menceritakan pengalaman yang mereka perolehi…

Dan ternyata kedua-dua mereka mempunyai pengalaman yang berbeza..

Yang sorang ni menceritakan pengalamannya melihat kereta2 mewah yang dilihat di arah bertentangan lebuh raya…

Yang seorang lagi menceritakan tentang pengalaman melihat gunung ganang yang tersergam indah di sebelah kiri lebuh raya..

Kan berbeza pengalaman mereka…??

Begitu juga lah kita sebagai seorang manusia..

Kita mempunyai perjalanan ataupun skrip kehidupan yang berbeza di antara satu dengan yang lain..

Disebabkan perkara tersebut jugalah membuatkan kita mempunyai tahap keilmuan yang berbeza-beza..

Jadinya kita perlu belajar menghormati pandangan orang lain walaupun kita rasekan yang pandangannya terkadang tidak benar…

So.. kita RESPECT la sedikit ye pandangan orang lain…




Andai perlukan teguran..tegurlah dengan cara yang paling berhikmah..

Dengan hikmah kita menegur..:)


Tibe-tibe teringat kata2 prof Muhaya…

Dye kata……

“Andai kita bergantung pada tiang..
tiang itu akan jatuh…
Andai kita bergantung pada dahan..
dahan itu akan patah…
Andai kita bergantung pada manusia…
manusia akan mati…
maka..
Bergantunglah pada yang tidak pernah mati…..inshaAllah…


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

1 comments:

 
Copyright © . All Right Reserved by Ilham Yusrizal