Ilham Yusrizal Ilham Yusrizal: Beriman dengan sekeping ijazah??
YA ALLAH..PERMUDAHKANLAH UNTUK KAMI URUSAN KAMI...

Thursday 3 January 2013

Beriman dengan sekeping ijazah??


“Dunia pekerjaan di luar sana sangat kejam ilham..!!

Jangan kau hanya beriman dengan sekeping ijazah seperti kebanyakkan mahasiswa/siswi..

Kau mesti  ada nilai tambah yang tersendiri untuk bersaing dengan mereka..

Jika kau nak jadi sesuatu…kau mesti jadi sesuatu…

Dan yang paling penting jangan jadi student yang lemau….

woWWwww….

Kata-kata somebody yang menjentik kuping telinga ni sehingga menyalakan api yang lama kegersangan…

fuhhh….

Termenung panjang bila kata-kata tersebut dilaungkan..

terasa diri ni seperti motor yang sedang dibawa tenang tiba-tiba dipecut secara mendadak..

Darah yang sentiasa di bawah paras kebiasaan menjadi tinggi tidak menentu..

Itik yang pulang petang dengan aman tiba-tiba mengamuk di pertengahan jalan..

Begitu lah andaian yang boleh diceritakan apabila diri ini mendengar kata-kata yang membuatkan jiwa 
keremajaan mula tercabar…

Rase macam nak terbang sekarang je untuk menyahut cabaran yang ditujukan…

Tpe…

Hahhhh…!!!

Tu le masalah kite skarang ni...

Terlalu banyak bertapi-tapi…or..alasan je kan kite nieey...(termasuk lah diri niey)..

Sebenarnya…

Mentaliti kita masih mengekalkan pemikiran-pemikiran yang lama dan lapuk sifatnya..

Kita masih lagi mengamalkan kehidupan seperti adik-adik sekolah rendah atau menengah yang hidupnya ditentukan oleh bunyi loceng…

Krinnnkkkkk…..

Masuk sekolah….

Krinnnkkkkkk..

Waktu rehat….

Kriiiiinnnkkkk…

Waktu balek…

Kriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiinnnnnkkkkkkkkkkkk….

Alamatnya sekolah terbakor…hehehehe…

adakah kehidupan kita sekarang ni sama seperti kehidupan adik-adik kita di sekolah yang perlu diaturkan segalanya untuk menjalani sebuah kehidupan yang baik..

ofcourse la  tak kan….

diperingkat yang lebih tinggi…

kita diberikan kebebasan untuk menentukan perjalanan kehidupan yang kita inginkan..

segala yang kita lakukan bergantung kepada diri kita sendiri..

kita ingin menjadi seekor kura-kura ke??

Menjadi seekor kucing ke??

Menjadi seekor koala ke??

Atau menjadi seekor singa yang gagah??...








kematangan dari sudut umur memperlihatkan yang mana kita telah menjangkau bilangan yang membolehkan kita berfikir secara matang di dalam mengenal erti kehidupan..

mungkin itu lah yang dimaksudkan dengan “mahasiswa yang lemau”…

kita hanya menjadi manusia yang terlalu bergantung kepada orang lain di didalam kehidupan ini sehingga tidak nampak kelebihan yang ada pada diri kita…

Untuk bersaing dengan dunia di luar sana kita memerlukan nilai tambah yang membolehkan kita menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik.

kita mesti mampu untuk menjadi mahasiswa yang serba boleh dari pelbagai sudut…

kita kene focus dengan pembelajaran dan pada masa yang sama kita berusaha untuk mencari nilai tambah yang ada di dalam diri kita…

kita mesti yakin dan percaya yang setiap insan di muka bumi ini mempunyai kebolehan dan kehebatan masing-masing dan perkara itu perlu digilap sebaik mungkin untuk menjadikan kita somebody..

andai kita mampu untuk berbicara..gunakan platform terbaik untuk berbicara…

andai kita minat menulis..jadikan tulisan kita sebagai hidangan kepada orang lain..

andai kita seorang yang bermotivasi..jadikan diri kita sebagai contoh kepada rakan yang lain..

ini semua boleh dijadikan dakwah andai kene pada niatnya…

andai ku bercinta lagi..satu hari nanti…!!!

Hah..yang ni lirik lagu kumpulan mojo…(tak de kene mengene)…

So…jadinya sekarang ni..

jom jadikan diri kita insan yang mempunyai interpersonaliti tersendiri yang mampu memberikan nilai tambah di dalam diri kita untuk menghadapi kerakusan dunia yang semakin dasyat…

kita jadikan azam tahun ini sebagai titik perubahan terhadap diri kita terutamanya dari sudut cara kita berfikir(mentality)..

segalanya bermula disini…(pinjam trademark tv alhijrah)..hehe…

ni je la ye untuk entri kali ini..tulis banyak2 takut bosan nak bace..
at least kite dapat seseuatu yang boleh dijadikan manfaat untuk kita semua terutamanya untuk diri ini…J



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

2 comments:

 
Copyright © . All Right Reserved by Ilham Yusrizal