Tak tahu mcm mana nak mulakan tajuk niey..tpe tu
lah..hati tetap rase nak menulis jgak entry baru..lame sngat tak mengasah bakat
terpendam niey..
Aku dan motivasi!!
Sebenarnya lame sngat dah diri ini meminati
motivasi…semenjak dari kecik lagi dah terdedah dengan motivasi..dan kebanyakkah
hasil kejayaan yang dikecapi sebelum ni berbekalkan motivasi kehidupan..
Mungkin disebabkan kekurangan diri di dalam
kehidupan..kesusahan keluarga menyebabkan diri ini sentiasa berfikir bagaimana
hendak menjadi orang berjaya..
Dan kebiasaannya kejayaan memang tak lepas
daripada motivasi..
Ramai pencetus motivasi di tanah air yang
menjadi peransang buat diri ni untuk jadi seperti mereka.. selalu bercita-cita
nak jadi ahli motivasi..tapi ambil bidang engineering..mcm mane tue??huhuhu…
Bila melihat ramai manusia-manusia hebat yang
berjaya diusia muda lagi menambahkan rase jeles yang bertingkat-tingkat di
dalam diri..
Slalu nak kaji mcm mana diorang bole berjaya…dan
kebanyakkan hasil kejayaan diorang ni adalah usaha yang berterusan ditambah
dengan rasa happy apabila melakukan sesuatu yang mereka inginkan..
Mcm mane nak berjaya if kita tak minat dengan
ape yang kita lakukan kan..
Ramai orang kata yang minat tu boleh di gilap..
Sebagai contoh..berape ramai student yang study
dekat university dengan kos masing-masing tetapi diorang sendiri tak tahu ape
yang diorang blajar..lepas tu bila belajar asyik lupe je…huhhh…
Itulah merupakan salah satu kriteria yang
sebenarnya seseorang tu tak berminat dalam bidang yang diambil..
Tibe-tibe teringat kata-kata seorang prof yang
hebat ni..nama tak perlu letak kowt..huhu..
Dye kata kita ni klu nak berjaya dalam sesuatu
bidang yang diceburi.. “you need to have a passion”..kene rase ghairah dan
excited bila belajar tue..
Macam kita main games ataupun tengok movie… ¾ pagi
pown masih lagi kerah tenaga dan sengkang mata..sebab cinta punye
pasai..kan..betol tak??
(klu boleh bertahajjudlah skali ye)..
Tpe itu lah hakikatnya kan…
Mungkin lepas ni boleh jadi engineer yang
bermotivasi kowt..hehehe..
Berbalik kepada insan-insan hebat yang menjadi
kegilaan aku di dalam bidang motvasi ni ada 2 orang sebenarnya..
-Amin Idris dan juga prof dr Muhaya Mohammad…
Rasenye dah banyak buku diorang yang aku jadikan
koleksi peribadi dan pencetus inspirasi..klu tak salah buku biografi inspirasi “sejernih
sinar matamu” merupakan buku yang termahal setakat niey.. habes gaji keje 2
hari tolong pakcik berniaga…tetapi cinta punye pasal aku gagahkan juga
membelinya…
Tak rase serbe salah langsung beli buku tue..
Kedua-dua insan hebat ini telah berjaya di dalam
bidang masing-masing dan selalu nak kongsikan pada semua macam mana nak berjaya…
ilmu
yang bermanafaat di jadikan modal untuk mereka berniaga mendapatkan saham di
akhirat kelak..
Apa yang menyebabkan aku berminat dengan mereka
ini adalah disebalik kejayaan yang mereka kecapi dan usaha yang tidak pernah
terhenti…
tetapi mereka sentiasa meletakkan kebergantungan kepada ilahi di
tempat yang paling tertinggi..so..kita dapat melihat kejayaan mereka ni bukan
setakat di dunia tetapi inshaAllah di akhirat juga..amennn….
Kata-kata prof Muhaya yang sentiasa terngingan
di benak fikiran ni adalah kita tidak mencari redha manusia..tetapi kita
mencari redha Allah…
jangan bergantung kepada manusia tetapi bergantunglah
kepada yang maha Esa..
Amen idris juga tidak kurang hebatnya di dalam
memperkenalkan formula “magnet diri”..sememangnya dia mempunyai daya magnet
diri yang hebat membuatkan aku tak henti-henti nak tahu ape rahsianya…
Tetapi secara kasarnya teori sememangnya tidak
sama dengan realiti…..:(…wuahhhh….
Hakikatnya bukan mudah untuk mengapai kejayaan..
Usaha dan matlamat yang kuat pasti akan
membuatkan kita berjaya…
inshaAllah..akan ku cuba sedaya upaya..
begitulah kisah aku dan motivasi yang sangat
bermakna buat diri ini..tak tahu lah mana nak pegi seandainya hilang motivasi
di dalam diri ni..
Seandainya semangat bernama motivasi ini seorang wanita..akan ku
usahakan untuk mengahwininya..cewaahhhh…
huhhhhhh…..
cukup-cukup..nanti bosan..hehehe...
oklah...
moga-moga kita sentiasa bermotivasi di dalam
setiap apa yang kita lakukan dan perkara
itu tidak salah sama sekali..
dan yang paling utama adalah bagaimana hubungan
kita dengan maha Esa…
adakah kita hanya mahu kejayaan di dunia sahaja
sebagai mana berjaya nya orang di barat sana??
Semestinya tidak..
Matlamat terakhir kita adalah ingin menempatkan
diri di syurga Allah s.w.t..
Dunia ini adalah persinggahan sementara sebelum
kita berangkat ke negara akhirat yang kekal abadi…
Sekian dlu bro!! wssalam..:) Penulisan dari hari…
0 comments:
Post a Comment